Pertama kali baca novel political thriller. Gabungan Bill Clinton ( bekas presiden US) dan James Patterson (penulis novel yang terkenal) menghasilkan novel yang menarik. 

Tengok tajuk, ingatkan presiden kena kidnap..hehehe..rupanya presiden beraksi secara rahsia untuk menyelesaikan kes ancaman terrorist. Tiba-tiba saja presiden hilang dan tiada siapa tahu kecuali beberapa orang. Penolong presiden pun tidak tahu.. Sengaja Tuan presiden merahsiakan kehilangannya kerana beliau mensyaki ada antara ahli White House yang jadi pembelot dan bekerjasama dengan pihak terrorist.

Hati berdebar..terutama apabila sampai ke chapter seratus lebih.. Team presiden yang terdiri daripada beberapa orang berlawan dengan masa untuk memasukkan code. Masa yang ada cuma 30 minit. Dan code tu pulak tak ada siapa yang tahu kecuali seorang dan orang tu pulak telah mati terbunuh. Saat ini memang mendebarkan. Macam-macam code dicuba tapi tiada satu yang betul. Sekiranya gagal, seluruh US akan jadi seperti zaman dark age. Code Itu sebenarnya untuk menghalang virus computer yang diberi nama virus DARK-AGED daripada menjangkiti semua sistem Internet termasuk sistem di Pentagon. 

Itu antara moment yang mendebarkan. Untuk mengetahui samada presiden berjaya atau tidak meneka code rahsia itu, kena baca buku ini. Dan siapakah ahli White House yang jadi pembelot? Saya rahsiakan sebagai tuan presiden merahsiakan kehilangannya.