Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual
Buku Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual adalah termasuk dalam genre pembangunan diri (self help) dengan memfokus kepada komunikasi.
Komunikasi adalah satu skill yang boleh dipelajari. Sebelum ini saya ada baca beberapa buah buku tentang komunikasi yang ditulis oleh penulis barat. Dari sudut prinsip, memang tidak banyak beza cuma buku ini ditulis khas untuk masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu yang terkenal dengan kesopanan dan bahasa berlapik. Setengah-setengah teknik komunikasi yang diamalkan oleh orang barat tidak begitu sesuai dengan masyarakat Melayu disebabkan perbezaan adat dan budaya.
Walaupun buku ini banyak membincangkan komunikasi antara pasangan, tapi prinsipnya boleh juga diguna pakai oleh ibu bapa yang ingin berkomunikasi dengan anak, majikan dgn pekerja, sahabat dengan sahabat, saudara dengan ahli keluarga dan lain-lain. Teknik komunikasi yang diceritakan dalam buku ini bersifat universal.
Sekiranya kita mempunyai kemahiran komunikasi, kita akan dipandang cantik dan kacak walaupun rupa paras kita hanya biasa-biasa saja. Ini menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi boleh mempengaruhi pandangan orang terhadap kita.
Buku ini diterbitkan buat pertama kali dalam tahun 2007. Buku lama dan mungkin juga sudah tidak ada dijual di kedai buku. Buku yang saya baca ini adalah ebook yang saya beli dari esentral. Siapa yang patut baca buku ini? Semua orang..ibu bapa, suami, isteri, lelaki dan wanita. Insya-Allah..Tak rugi beli dan baca buku ini
0 Comments