MH370 - Mystery Solved
Kisah kehilangan MH370 masih tidak boleh dilupakan terutama kepada keluarga yang kehilangan orang-orang yang tersayang dalam tragedi ini walaupun sudah 4 tahun peristiwa ini berlaku.
Sejujurnya saya tidak pernah membaca report hasil siasatan yang dijalankan oleh official investigators. Tapi melalui buku ini, official investigators membuat kesimpulan bahawa tragedi MH370 adalah satu kemalangan, di mana kapal terbang hilang dari radar kemudian terbang secara auto pilot sehingga habis fuel. Apabila kehabisan fuel, engine berhenti dan MH370 menjunam dengan laju ke dalam lautan (speed diving crash) dari aras yang tinggi. Itu hasil siasatan oleh official investigators.
Sementara buku ini pula ditulis oleh salah seorang daripada independent investigators (yang terdiri dari 3 orang yang berpengalaman luas dalam bidang kemalangan aviation) yang berpengkalan di Kanada. Mereka mempunyai pandangan yang agak contrast daripada yang dinyatakan oleh official investigators. Penulis buku ini berpendapat bahawa MH370 tidak mengalami apa-apa kerosakan dan tidak mengalami speed diving crash sebaliknya dari awal hingga akhir, MH370 dikawal oleh pilot. Pilot intentionally ditched the plane into the ocean. Kesimpulan ini dibuat setelah mereka meneliti dan mengkaji serpihan-serpihan MH370 yang dijumpai. Their arguments are very convincing.
Penyiasat bebas ini menolak teori speed diving crash dengan fakta berdasarkan witness marks yang ada pada serpihan flaperon yang dijumpai, Mereka juga menolak beberapa teori lain seperti onboard fire, passenger hijacking, electronic hijacking, mechanical or electrical malfunction, bomb, military action dan beberapa teori lain. Semuanya berdasarkan fakta yang dinyatakan dalam buku ini. Cuma yang penulis ini tidak dapat terangkan adalah kenapa pilot melakukannya...
Dan kita pun tidak akan tahu apa yang sebenarnya terjadi kepada MH370 kerana tidak ada seorang pun daripada crew atau penumpang yang terselamat untuk kembali bercerita kepada kita. Pada saya, tragedy MH370 akan tetap menjadi misteri yang hanya Allah saja yang mengetahuinya. Manusia hanya boleh membuat teori berdasarkan apa yang ditemui. Samada teori itu benar atau sebaliknya, kita takkan tahu.
Saya teringat kembali sewaktu MH370 mula-mula hilang 4 tahun dulu, ada seorang wanita Indonesia yang bermimpi bahawa MH370 tenggelam di dasar lautan bersama crew dan penumpang dan kapal terbang yang dilihat dalam mimpi itu still intact. Semoga satu hari nanti, MH370 akan ditemui juga sebagaimana manusia menemui titanic yang tenggelam selepas berpuluh tahun.
0 Comments