Ghost Boy adalah sebuah cerita benar tentang Martin Pistorius. Martin Pistorius dilahirkan sempurna dan sihat walafiat. Ketika berusia 12 tabun, Martin mengadu sakit tekak sebaik saja pulang dari sekolah. Bermula dari saat itulah kesihatannya semakin terjejas dari sehari ke sehari sehinggalah tangan dan kaki tidak boleh bergerak, mulut tidak boleh bercakap. Doktor tidak mengetahui dengan jelas tentang penyakit Martin. Mereka hanya mengatakan bahawa Martin mengalami Neurodegenerative Disease. Maka terlantarlah Martin seperti kanak-kanak terencat akal, tidak boleh bergerak dan tidak boleh bertutur. Kehidupannya kini bergantung sepenuhnya kepada ibu dan bapanya.

Tidak berapa selepas itu, dia mula sedar dan boleh berfikir semula tapi tidak mampu bersuara dan bergerak. Martin sedar dan memahami apa yang terjadi di sekelilingnya. Dia merasai kesakitan tapi tidak dapat memberitahu ibu bapanya. Ini menimbulkan ketakutan dalam dirinya. Orang-orang di sekeliling Martin tidak tahu bahawa dia telah sedar. Mereka masih melayannya seperti kanak-kanak terencat akal. He’s trapped in his own body and it’s so scary.

Keadaan sedemikian berlarutan sehingga beberapa tahun sehinggalah pada suatu hari penjaga di care centre menyedari bahawa Martin boleh memahami. Selepas itu dia dibawa bertemu dengan pakar dan mereka mengesahkan bahawa Martin dapat berfikir seperti orang normal cuma beliau tidak mampu bersuara.

Oleh kerana tangannya masih lemah, Martin hanya berkomunikasi menggunakan mimik muka dan gerakan kepala. Itupun selalu tidak dapat ditafsirkan dengan betul oleh ibu bapa dan penjaganya. Kemudiannya tangan kanannya boleh digerakkan walaupun tidak begitu stabil untuk memegang. Ibu bapanya menyediakan cardboard yang dilukiskan dengan símbol untuk beberapa perkataan yang selalu digunakan. Simbol itu bertambah dari sehari ke sehari. Martin hanya perlu menggerakkan tangan kanannya untuk menunjuk kepada simbol-simbol tersebut.

Apabila tangannya beransur kuat, Martin dicadangkan untuk mengikuti program komunikasi untuk orang-orang kurang upaya yang dipanggil AAC (Augmentative and Alternative Communication). Ibu bapanya juga berusaha membeli sebuah komputer dan software yang boleh digunakan untuk berkomunikasi.



Dalam buku Ghost Boy, Martin menceritakan pengalamannya ketika dia terpenjara dalam dirinya sendiri. Ada yang lucu dan ada yang menakutkan dan Martin juga menceritakan tentang kisah cintanya bersama Joanna. Kini Martin berusia 43 tahun, ada degree, ada kerja dan ada isteri tetapi masih tidak boleh bercakap dan tidak boleh berjalan. Kedua-dua belah tangannya sudah berupaya untuk mengayuh kerusi rodanya sendiri.