Pelangi itu menjelma lagi
Setelah sekian lama menyepi
Sayup dan jauh di kaki langit
Memancar jalur warna indah berseri
Seperti dulu

Inginku capai jaluran warna-warni itu
Namunku tak berdaya
Aku hanya mampu memandang
Dengan pandangan sayu
Kerana ku tahu..
Pelangi itu akan lenyap lagi
Apabila mentari petang datang bertandang

Aku setia di sini
Menanti kehadiran pelangi itu
Biarpun tidak mampu ku capai
Namun aku senang memandang
Jaluran warna-warni berkilauan di kaki langit


Tirana Mutiara
22 Sep 2018 at 3:23 AM