Popia Basah dan Allergic
Menjelang tengahari semalam, lengan saya naik seakan kelopak garam, gatal dan sakit. Badan rasa letih secara tiba-tiba. Mood pun bertukar dari ceria di waktu pagi jadi gloomy selepas zohor. Sudah banyak kali juga jadi macam tu. Dan saya tahu itu kesan allergic. Cepat-cepat ambil pil anti allergic dan panadol kemudian tidur.
Bangun dari tidur, saya cuba ingat balik apa yang saya makan. Pagi sebelum hantar Jihadi ke sekolah, saya makan pisang dan minum susu kurma. Ini makanan biasa. Selepas hantar Jihadi, saya terus ke pasar. Tengahari saya makan nasi beriani dengan dalca dan sayur. Ini pun makanan biasa. Sampai sudah saya tak ingat apa makanan yang tak biasa yang saya makan waktu pagi.
Petang, waktu siapkan makanan malam untuk Tuan Doktor, saya buka peti sejuk. Tiba-tiba ternampak satu bungkusan. Apabila dibuka, ada satu roll popia basah yang saya beli di pasar. Baru saya ingat, saya beli dua roll popia basah, satu saya makan, satu saya simpan untuk Tuan Doktor nak bagi dia rasa sebab first time beli popia basah di pasar. Rasa sedap tapi Tuan Doktor kata lagi sedap Popia Mohd Zaid Ibni Abdullah. Kemudian dia suruh saya order popia basah Mohd Zaid Ibni Abdullah. Saya kata...Pembuat dan penjual popia basah yang sedap tu dah pindah ke Johor.
Sekarang, saya sudah tahu penyebab lengan saya naik kelopak garam. Popia itulah makanan luar biasa yang saya makan. Tak pastilah apa yang dicampur ke dalam popia tersebut. Ada bahan-bahan tertentu yang saya tak boleh makan dalam inti popia tu. Lain kali tak boleh beli dah walaupun rasanya sedap.
Pagi ini, kesan bengkak masih ada tapi gatal dan sakit telah hilang. Alhamdulillah.
0 Comments