Hari ni saya buka lagi mesej dari anak saudara saya di telegram. Entah mengapa hati ini rasa rindu sangat pada dia. Membaca mesejnya di telegram, rasa seolah-olah dia sedang bercakap dengan saya. Mesej pertama dia di telegram adalah pada November 2015. Sebelum tu saya dan dia berbual di Whatsapp tapi semua mesej di situ dah hilang bila saya tukar handphone so tinggal yang di telegram saja.

.

November tahun 2015, dia beritahu saya bahawa doktor suspect dia kena lymphoma. Buat ujian darah..buat biopsy tapi selepas beberapa bulan hospital masih tak panggil untuk berbincang pasal keputusan ujian dan rawatan selanjutnya. Mungkin sebab masuk tahun baru. Kemudian saya suggest dia buat petscan di sebuah pusat radiology swasta. Bulan April 2016, kali terakhir saya berbual dengannya di telegram. Waktu tu baru saya tahu bahawa dia ikut suggestion saya untuk buat petscan.  Lepas dapat results petscan, dia balik untuk dapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang. Saya ada hubungi dia dalam bulan July tapi tak ada respon. Akhirnya dapat info bahawa dia sudah tiada..1 September 2016.


Baru-baru ini, saya berpeluang menziarahi kakak ipar saya iaitu ibu kepada anak saudara saya itu. Kakak ipar saya kata..Dia meninggal dalam pangkuan ibunya. Sempatlah ibunya ajar mengucap.  Alhamdulillah..


Semoga damai lah anakanda di sana.