Beza usia cuma setahun tapi mengikut pangkat, dia kena panggil maksu. Itu anak saudara saya yang cuma muda setahun saja dari saya. Kami dibesarkan bersama. Walaupun abang dan kakak ipar tidak tinggal serumah, tapi rumah mereka tidak lah jauh mana..boleh jalan kaki saja untuk sampai ke situ. Boleh kata setiap hari saya akan pergi ke rumah mereka sebab rumah mereka berhampiran dengan bendang yang mak kerjakan. Sepanjang mak di bendang, saya tinggal di rumah abang dan kakak ipar. Kakak ipar itulah yang mengasuh saya di samping mengasuh anaknya sendiri iaitu anak saudara saya yang muda setahun itu. 


Setiap petang, waktu mak pulang dari sawah, anak saudara saya ini selalu saja nak ikut kami pulang ke rumah. Mak pulak selalu lebihkan dia maklumlah cucu.  Mak yang sepatutnya mendukung saya tapi memilih untuk mendukung cucunya dan saya pula terpaksa berjalan meredah rumput separas lutut. Masa tu memang geram dan jeles. Merengek saya sepanjang jalan marahkan dia. "Itu mak maksu.. Mak maksu kena dukung maksu la. Munah panggil lah mak sendiri untuk dukung". Mak pulak tak endah, terus dukung cucunya sambil tangan sebelah lagi pimpin tangan saya. 


Walaupun kadang-kadang bergaduh, tapi dalam hati tetap sayang. Kalau dia kena marah (abang saya garang), saya rasa sedih. Niat di hati nak tolong dia tapi takut abang marah saya pula. Saya pandang dia dengan sayu. Lepas abang berlalu, saya datang pujuk dia dan main sama-sama. Time tu memang baik betul..tapi sekejap lagi bergaduh balik...hahaha 


Sekarang sudah sama-sama dewasa..tapi kisah lalu tetap kekal dalam ingatan. Sekarang sudah tidak bergaduh lagi.