Finding Peace in the Holy Land
Ini buku yang ke seratus saya habis baca untuk tahun ini (2020). Saya bagi 5 bintang untuk buku ini di goodreads. Lauren Booth adalah sister in law kepada Tony Blair (former PM UK) telah memeluk agama Islam pada tahun 2010. Allah membuka hatinya melalui beberapa siri perjalanan beliau ke Palestin dan Iran. Kali pertama ke Palestin, bertugas sebagai journalist. Kali kedua ke sana bersama Viva Palestina, misi menghantar bantuan ke Gaza. Apa yang disaksikan di sana membuatkan hatinya terpaut kepada Islam. Namun beliau tidak serta merta memeluk Islam ketika itu. Selepas pulang dari Iran, barulah dia menyatakan keislamannya secara official.
Saya membaca buku ini dengan hati yang sayu dan insaf. Sesungguhnya Allah mampu membuka pintu hati sesiapa saja yang Dia suka untuk diberi hidayah. Kita yang sudah memang Islam, don't take for granted. Jangan sampai Allah tarik balik hidayah yang diberikan kepada kita.
0 Comments