Buku ini diterbitkan pada 2010. Yang istimewanya buku ini ditulis oleh kawan sekelas waktu di IEC. Saya dapat tahu tentang buku ni apabila terjumpa profile Fudzail di FB. Lepas IEC, masing-masing bawa diri. Lagipun saya tidak rapat sangat dengan kawan-kawan lelaki sekursus😀😀.


TERUJA CINTA MAORI membuatkan teruja juga saya untuk membacanya. Maklumlah kenal penulisnya. Tapi buku yang diterbitkan 10 tahun lalu susah nak dijumpai di kedai buku. Saya merisik di Google. Alhamdulillah jumpa juga buku Fudzail. Saya beli buku triologi ini. Dan awal pagi semalam, buku pertama selesai dibaca.


Teruja Cinta Maori bukan kisah cinta teruna dara tapi satu kisah perjalanan seorang budak Melayu Felda Keratong ke New Zealand..bukan untuk pergi melancong tapi pergi menuntut ilmu. Di sana, budak Melayu Felda Keratong bukan setakat belajar tentang akademik tapi yang lebih seronok belajar tentang kehidupan di bumi asing..belajar tentang macam-macam perkara yang baru di bumi Kiwi.


Saya sebagai pembaca teruja dan terasa seolah-olah mengembara bersama penulis. Nak melancong ke New Zealand memang tak mampu..lebih-lebih lagi di musim Covid-19 😀.


Banyak perkara baru yang saya belajar tentang New Zealand. Rasanya lebih seronok belajar cara santai begini dari baca buku teks 😀. Saya belajar tentang penduduk asli New Zealand..tentang budaya dan bahasa mereka. Saya belajar tentang burung Kiwi yang monogamous... Dan saya baru tahu bahawa di New Zealand tak ada ular. Saya juga belajar tentang Romeo dan Juliet versi Wainuiomata..😅😅. Dan yang buat saya ketawa adalah petua ayah budak Melayu Felda Keratong jika tersesat di dalam hutan dan tak dapat cari jalan keluar.😂😂😂


Sebagaimana yang saya pernah tulis sebelum ni..kekuatan buku ini adalah pada gaya penulisan dan lenggok bahasa yang digunakan..buat saya tidak jemu untuk baca sehingga selesai. Jalan cerita yang kena dengan jiwa saya dan mungkin juga dekat di hati saya kerana penulisnya saya kenal walaupun tak rapat. Cerita perjalanan seorang budak Melayu Felda Keratong ke New Zealand lebih kurang sama dengan perjalanan seorang budak Melayu Tanjung Piandang ke Australia..😂😂😂


Tahniah Fudzail. Saya bagi 5/5 di goodreads. Insya-allah, saya akan teruskan baca buku kedua dari triologi ini. Tentu semakin menarik. Semoga satu hari nanti Fudzail boleh menulis kisah Ahmad di Felda Keratong pula