My Left Foot
Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1954 (boleh masuk kategori klasik kot). Penulisnya Christy Brown (1932 - 1981). Buku ini menceritakan tentang beliau yang dilahirkan dengan celebral palsy iaitu kecacatan pada otak yang mengakibatkan beliau tidak dapat control pergerakan tangan dan kaki. Christy tidak dapat berjalan malah makan minumnya juga terpaksa disuapkan. Pendek kata beliau memerlukan seseorang untuk mengurus kerana beliau tidak boleh mengurus dirinya sendiri. Untung apabila beliau mendapat sokongan daripada ibu dan adik beradiknya yang ramai.
Zaman kanak-kanaknya dirasakan begitu indah sebab pada waktu itu beliau masih belum memahami erti kehidupan normal. Tambahan pulak adik beradiknya selalu membawanya bersama ketika mereka keluar bermain-main di luar. Christy diletakkan di dalam kereta sorong. Beliau tidak pernah terasa disisihkan ketika zaman kanak-kanak.
Segalanya berubah apabila beliau beliau dan adik beradiknya memasuki zaman remaja dan dewasa. Adik beradiknya mempunyai kehidupan masing-masing dan beliau berasa ketinggalan dalam semua perkara. Ketika ini, beliau baru mengerti tentang kehidupan manusia normal. Ketika ini, baru beliau memahami apa ertinya "kurang upaya". Ada satu ketika, beliau cuba membunuh diri kerana terlalu stress dengan keadaan dirinya.
Di sebalik kekurangan, terselit satu keistimewaan beliau. Beliau tidak dapat kontrol pergerakan anggota badan kecuali satu iaitu kaki sebelah kiri. Dengan kaki itulah beliau melukis dan lukisannya cantik seperti dilukis oleh orang normal. Boleh google kalau nak tengok hasil lakaran beliau. Beliau juga boleh menulis dengan menggunakan kaki kiri ini.
Beliau menggunakan keistimewaan ini untuk mengubat segala rasa dan fikiran negatif. Itulah keistimewaan dan kekuatan beliau di samping mendapat sokongan dan dorongan yang kuat dari ibu kesayangan. Tapi beliau juga seperti manusia normal yang lain..ada perasaan yang turun dan naik. Ada masa rasa marah dan putus asa menguasai diri tapi dengan melukis, perasaan negatif yang berlebihan dapat disurutkan.
Kisah dari buku ini difilemkan pada tahun 1989. Saya baca buku dan saya tengok juga filemnya. Pada saya, cerita dari buku lagi best dari filem. Bagi yang tak sempat baca buku, boleh tengok filemnya di youtube
0 Comments