Zea Mays
Novel Bahasa Melayu yang pertama habis saya baca untuk tahun ni. 😊
Zea Mays tu maksudnya jagung. Buku ini cerita tentang seorang usahawan berbangsa Cina yang bercita-cita untuk menjalankan perniagaan jagung di Dubai. Ada tiga perkara yang saya suka tentang novel ini..
1) mengajar selok belok bidang perniagaan di dalam dan di luar negara. Sebenarnya dalam bidang perniagaan pun ada permainan politiknya. Cabaran yang paling sakit untuk ditempuhi apabila orang/kawan tikam kita dari belakang disebabkan perasaan cemburu atau dengki atau tamak.
2) antara nilai murni yang ditonjolkan dalam novel ini adalah sikap toleransi, sikap bekerjasama dan tolong menolong sesama penduduk kampung Janglau tanpa mengira kaum. Penduduk kampung Janglau kebanyakannya berbangsa Melayu. Keluarga Chai iaitu peniaga kedai runcit antara kaum minoriti yang tinggal di situ. Sungguh pun berlainan bangsa dan agama, mereka hidup dalam keadaan yang harmoni.
3) Keluarga Awang Cina (ayah Chai) sudah terbiasa dengan budaya orang Melayu jadi mereka tidak kekok untuk bergaul mesra dengan kawan-kawan yang berbangsa Melayu. Malah mereka menganggap sebuah keluarga Melayu iaitu keluarga Tuk Muda Ghazali sebagai keluarga mereka sendiri.
Siapa yang patut baca novel ini? Anak-anak muda yang bercita-cita untuk berniaga atau yang ingin menjadi usahawan. Novel ini boleh menjadi pendorong dan inspirasi ke arah itu.
Adakah Chai (watak utama novel ini) bertukar agama dan kahwin dengan gadis Melayu? Nak tahu, kena beli novel ini dan baca sendiri.
Tirana Mutiara
31 Jan 2021 at 9:46 PM
0 Comments