First time saya baca buku tentang depression yang ditulis oleh orang yang mengalaminya. Selalu baca buku yang ditulis oleh psychologist atau psychiatrist. Tahun lepas ada baca buku yang ditulis oleh seorang ibu yang anaknya bunuh diri disebabkan depression.


Mark Henick mengalami depression sejak berusia belasan tahun, keluar masuk mental hospital dan beberapa kali juga cuba bunuh diri. Nasib baik sempat diselamatkan.


Mark akan mengalami depression bila dalam keadaan stress seperti ketika dia dibuli oleh rakan-rakan di sekolah, atau ada sesuatu yang berlaku dalam family seperti mak dan ayahnya bertengkar and so on.


Dalam buku ni, Mark cerita apa yang berlaku dalam minda ketika dia depress. Dia dengar macam-macam suara. Ada suara suruh dia bunuh diri. Suara tu kata..bunuh diri, masalah akan selesai.


Setelah meningkat dewasa, Mark belajar mengawal dirinya sendiri. Semasa di universiti dia mengambil kursus psikologi.