Bila baca buku ni..rasa macam nak pakai mask sampai bila-bila bukan setakat habis covid saja. Surrounding kita penuh dengan virus dan bakteria yang kita tak nampak. Anytime kalau tidak bernasib baik, jangkitan boleh berlaku.


Rikke (penulis buku ini) dijangkiti oleh Streptococcus pneumoniae atau pneumococcus. Pneumococcus adalah sejenis bakteria. Di mana dia dapat bakteria ini, tidak pasti. Bakteria ini ada dalam droplets yang dihembus oleh orang lain ketika bersin atau batuk. Ada orang jadi pembawa kapada bakteria ini tapi dia sendiri tidak ada symptom yang teruk kecuali flu dan batuk. Tapi apabila bakteria ini masuk ke dalam badan orang lain, ia boleh jadi ganas (mungkin immune system seseorang itu lemah). Sekiranya bakteria ini menjangkiti sinus dan tekak, kita akan mendapat flu dan batuk, apabila menjangkiti daráh, kita akan mendapat sepsis, dan apabila ia menjangkiti otak, kita akan mendapat meningitis.


Dalam kes Rikke, bakteria pneumococcus menjangkiti sinus kemudian menjangkiti darah, dan lepas itu bakteria ini memasuki otak. Pada petang sebelum masuk tahun baru, Rikke, suami dan tiga orang anaknya keluar bersiar-siar. Rikke berasa tidak sedap badan ketika sedang melayani anak-anak dan beberapa orang saudaranya yang datang ke rumahnya untuk menyambut tahun baru bersama-sama pada malam itu. Apabila melihat keadaan Rikke yang lemah, suaminya memanggil seorang doktor "oncall" untuk datang ke rumah. Doktor tersebut memeriksa dan mengatakan bahawa Rikke hanya mengalami demam dan flu yang biasa. Doktor itu memberi ubåt flu. Setelah lewat malam, keadaan Rikke semakin teruk. Suaminya membawa Rikke ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat.


Rikke ditempatkan di ICU dan beberapa siri ujian telah diadakan. Melalui ujian ini, pakar perubatan mendapat tahu bahawa bakteria pneumococcus telah menakluki keseluruhan badan Rikke. Jangkitan ini menyebabkan kebanyakan organ penting seperti buah pinggang, paru-baru, jantung dan otak berada pada tahap sangat lemah untuk berfungsi. Rikke berada dalam keadaan kritikal…antara hidup dan mati. Beliau koma dan bernafas melalui alat bantuan pernafasan (ventilator). Pakar dari semua bahagian yang terlibat (urologist, cardiologist, neurologist) berusaha untuk menyelamatkan Rikke. Antibiotik untuk melawan bakteria tersebut diberikan dengan serta merta melalui intravenous. Makanan cecair diberi melalui tiub. Dengan keadaannya, doktor hanya memberi 5% peluang untuk hidup.


10 hari dalam keadaan koma, akhirnya Rikke sedar. Beliau mengalami kelumpuhan seluruh badan. Beliau cuma mampu mengelip sebelah mata. Otaknya mampu berfikir tapi tubuh badannya kaku. Beliau terperangkap dalam tubuh badannya sendiri. Setelah bakteria itu dapat dihapuskan dari tubuh Rikke, beliau ditempatkan di pusat pemulihan. Di pusat ini, beliau telah menjalani latihan pemulihan secara intensif. Perlahan-lahan organ-organ yang sebelum ini berhenti berfungsi telah berfungsi semula. Walaubagaimana pun, hujung jari (9 dari 10 jari) terpaksa dipotong disebabkan gangrene. Tiga bulan beliau berada di pusat rehab, akhirnya Rikke dibenarkan pulang ke rumah. Latihan pemulihan masih diteruskan walaupun Rikke tidak lagi tinggal di pusat itu. Van khas datang ambil dan hantar beliau setiap hari.


Buku ini ditulis dengan baik sekali. Suami Rikke membuat catatan secara terperinci akan setiap situasi yang dilalui oleh Rikke selama 5 bulan tinggal di hospital. Dua bulan tinggal di ICU dipenuhi dengan detik-detik cemas. Pengalaman yang dilalui ketika di pusat REHAB adakalanya membawa kekecewaan dan putus asa tapi Rikke seorang pejuang, kekecewaan yang dirasai hanya sekejap kemudian beliau bangkit dan maju setapak (seorang saintis memang bersikap kental agaknya). Kemudian setelah keluar dari hospital, beliau mencari kesesuaian dengan keadaan dirinya. Tanpa hujung jari, susah juga nak buat kerja. Keadaan selepas diserang bakteria pneumococcus tidak sama dengan keadaan sebelum itu. Beliau mudah letih dan tidak dapat buat kerja seperti dulu. Suami dan tiga orang anaknya banyak membantu beliau. Rikke balik bekerja di ofis secara part time. Ketika menjadi seorang saintis sepenuh masa, fikiran beliau hanya tertumpu kepada kerja. Selepas diserang sakit teruk dan sembuh, beliau banyak berfikir tentang alam sekeliling, kehidupan dan komuniti. Beliau menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Graphicure. Syarikat ini mencipta software yang dapat membantu pesakit untuk memahami penyakit yang dihidapi dan segala treatment yang available. Selain dari Graphicure, Rikke juga mengujudkan sebuah Science Club sebagai mentorship untuk students dan adults.


Sesungguhnya ujian dapat mengubah manusia secara fizikal, mental dan emosi. Selalunya ujian yang teruk begini dapat mengubah manusia ke arah kebaikan, Insya-Allah so jangan mengeluh atau berputus asa. Kena redha dan akhirnya kita akan nampak nikmat dan rahmat di sebalik kesulitan itu.