Saya baru habis baca novel yang ditulis oleh Shaari Isa. Ini novel kedua beliau yang saya baca. Bermula dengan BEYOND YAMASITA AND PERCIVAL, yang telah saya baca pada tahun 2019, saya cuba cari novel-novel lain yang ditulis oleh penulis sama. Susah juga nak jumpa sebab novel-novel lama selalunya out of stock. Selain dari Projek PL5, saya berjaya mendapatkan siri Lepaskan Kembali Aku Ke Laut (saya belum baca). Dua buah novel yang telah saya baca, memang best...


PROJEK PL5 ini kisah teori konspirasi. Kisah bagaimana ajen-ejen Israel (dalam satu pertubuhan) menyelinap masuk dan mempengaruhi pemikiran pelajar-pelajar Melayu yang belajar di universiti seberang laut. Kelemahan Islam merupakan cita-cita mereka. Caranya ialah melalui Projek PL5..projek yang tertumpu kepada melemahkan pemikiran dan pegangan pelajar Melayu islam. Mereka cuba menyekat pelajar-pelajar ini dari menjadi bijak pandai. Mereka mahu orang-orang Islam jadi bodoh. Bila bodoh, mudahlah bagi mereka untuk berkuasa. Ejen-ejen yang terlatih ini menyelinap masuk dan berpura-pura atau berlakon menjadi seorang Islam yang alim. Mereka berdakwah tapi dakwah mereka sebenarnya membawa ke arah kesesatan. Pelajar-pelajar yang masih mentah mudah terpengaruh dengan dakyah yang dilakukan secara halus. Mampukah Projek PL5 mencapai target? Kena baca novel ni. Bagus untuk asah minda terutamanya golongan yang masih muda. Tapi susah dah nak cari novel ni. Novel lama.. Kali pertama diterbitkan pada tahun 1988. Yang saya baca diterbitkan pada tahun 2007.