Assume Nothing
Sedih baca kisah ni.. Ini kisah benar. Kisah isteri yang didera oleh suami. Suami yang narcissistic, suami yang ada tabiat sex yang agak ganjil. Selain dari mendapat physical dan sexual abuse, isteri juga mendapat verbal abuse. Apabila sudah tidak tahan dengan segala macam penderaan, akhirnya isteri buat pendedahan. Itupun setelah dinasihati oleh kawan-kawan rapatnya.
Yang jadi cerita ini menarik apabila si pendera itu adalah seorang yang berprofil tinggi di US (boleh google Eric Schneiderman) Tapi part yang paling sedih, dia terlepas dari tuduhan dan hukuman. Biasalah orang yang berprofile tinggi selalu terlepas. Di Malaysia pun macam tu. Tapi Eric lebih bertanggung jawab dari kebanyakan pemimpin di Malaysia. Selepas cerita tentangnya terdedah, esoknya dia letak jawatan. Walaupun tidak tangkap dan tidak dibicarakan tapi dia mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri sendiri dengan masuk pusat pemulihan. Pusat pemulihan untuk orang kayangan for sure tak sama macam pusat pemulihan untuk orang yang biasa-biasa.
Penulis buku ini Tanya Selvaratnam berasal dari Sri Lanka tapi menetap di US sejak kecil. Masih dalam proses penyembuhan. Kesian sangat baca kisah dia. Tentu ramai lagi wanita di luar sana yang hadapi masalah yang sama lebih-lebih lagi time covid.
0 Comments