A Matter of Death and Life
Suami isteri bergabung tulis buku kisah hidup mereka. Suami seorang psychiatrist sementara isteri seorang penulis. Kedua mereka telah berusia. Sebelum buku ini, Dr Irvin Yalom telah menulis banyak buku psychology sementara isterinya menulis banyak buku non fiksyen.
Apabila Marilyn didiagnos mengidap "multiple myeloma", pasangan ini berazam untuk menyiapkan penulisan buku ini secepat mungkin. Buku ini akhirnya berjaya diterbitkan walaupun Marilyn hanya sempat tulis separuh jalan saja (beliau meninggal pada tahun 2019).
Buku ini terkandung cerita tentang mereka berdua, tentang kasih sayang dan kehidupan yang mereka lalui dari muda hingga masuk usia emas. Kisah sedih apabila Marilyn didapati mengidap multiple myeloma dan akhirnya meninggal. Dr Irvin menyambung cerita tentang kehidupannya tanpa isteri tersayang. Kehilangan orang yang tersayang ketika agak berusia kesannya mungkin mendalam pada sesetengah orang. Waktu tua kita perlu teman untuk menghilang rasa sunyi kerana pada waktu itu anak-anak sudah ada kehidupan sendiri. Itulah yang dialami oleh Dr Irvin yang terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidupnya seorang diri tanpa isteri di sisi. Dr Irvin kini berusia 90 tahun dan buku ini diterbitkan pada March 2021. Ini merupakan buku yang pertama dan terakhir yang ditulis bersama isteri tersayang.
0 Comments