Quran for All adalah sebuah buku yang terkandung di dalamnya tentang bagaimana kita berinteraksi dengan Quran. Quran yang setiap hari kita baca..setiap hari kita teliti maknanya tapi sedih bila kita tak reti nak guna pakai segala isi Quran itu untuk kehidupan kita seharian. Sudahnya apa yang kita baca tidak selari dengan perbuatan kita. Apa yang Quran suruh, yang lain pulak kita buat. Saya sendiri pernah bertemu seorang yang hafal Quran 30 juzuk tapi perbuatannya tidak melambangkan dia seorang hafiz. Kenapa jadi macam tu? Salah satunya mungkin kita tidak pandai mentadabbur dan mentazakkur al Quran. Jika begitu, maka buku Quran for All ini elok kita baca.

Buku ini ada dua bahagian..bahagian pertama adalah teori dan bahagian kedua adalah praktikal. Saya tertarik kepada bahagian kedua buku ini iaitu bahagian praktikal. Penulis menunjukkan method yang sistematik untuk kita mentadabbur dan mentazakkur Quran. Bagi pembaca Quran yang tidak memahami Bahasa Arab, method ini sangat mudah untuk diikuti dan dipraktikkan. Malah penulis siap bagi contoh bagaimana untuk mentadabbur sesuatu ayat Quran dan seterusnya mentazakkur ayat tersebut.


Dikatakan Quran itu terkandung panduan yang lengkap untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini tapi kita masih meraba-raba, pandangan kita masih kelabu walaupun kita baca Quran setiap hari. Kita baca juga terjemahannya tapi kita terhenti setakat itu kerana kita tidak pandai berinteraksi dengan Quran. Jika itu masalahnya, eloklah beli dan baca buku Quran for All ini. Selepas baca, boleh terus praktikkan. Senang nak faham bila baca buku ini sebab penulis guna bahasa yang mudah. Tak ada bahasa kiasan atau bahasa simbolik..straight to the point. Boleh hubungi penulis untuk mendapatkannya buku ini