Selain dari thriller, saya suka juga baca novel historical dan literary. Yang suka baca novel THE KITE RUNNER, tentu akan suka baca buku ni. Buku ni termasuk dalam kategori fiksyen literary berlatar belakangkan negara Senegal. Penulisnya menulis berdasarkan pengalaman beliau semasa bertugas di Senegal. Walaupun fiksyen tapi senario yang digambarkan dalam buku ini benar-benar berlaku di sana.


Tradisi di sana anak-anak lelaki akan dihantar tinggal dengan marabout untuk belajar agama Islam. Kalau kat sini serupa macam madrasah yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz. Salah satu aktiviti yang biasa dibuat oleh marabout adalah menyuruh anak-anak tadi minta sedekah dari orang ramai. Kononnya ini akan melatih anak-anak tersebut menjadi kuat fizikal dan mental. So pagi-pagi selepas solat subuh, anak-anak ini (yang digelar talibe) akan keluar merayau meminta sedekah dan hanya akan pulang menjelang petang. Hasil kutipan akan diserahkan kepada marabout.
.
Seperti biasa, ada marabout yang baik, ada marabout yang mendera anak-anak tersebut. Novel ini mengisahkan seorang marabout yang kejam. Anak-anak dipaksa meminta sedekah tapi kebajikan anak-anak tersebut langsung tidak dijaga malah kalau hasil kutipan tidak mencapai jumlah yang ditetapkan, mereka akan dipukul dan disuruh tidur di luar rumah. Makanan tidak diberi, kebersihan dan kesihatan mereka juga tidak dijaga. Hidup mereka tidak ubah seperti hamba abdi.

Watak utama dalam cerita ini ialah Ibrahimmah yang berusia kurang dari 7 tahun dan sepupunya yang berusia 12 tahun. Bila tinggal jauh dari mak ayah, kedua-dua sepupu ini mengambil berat antara satu sama lain. Disebabkan Etienne lebih tua, maka dia mengambil peranan sebagai seorang abang kepada Ibrahimmah. Susah senang di perantauan dihadapi bersama-sama.

Dua bersaudara ini mengumpul wang untuk pulang ke kampung mereka. Pendapatan yang mereka perolehi dengan mengemis sekiranya ada lebih, mereka akan menyimpan secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan marabout mereka. Cuma yang sedihnya, ada tragedy yang menimpa.

Jalan ceritanya bagus. Ibrahimmah memang berjaya pulang ke pangkuan keluarganya cuma marabout yang kejam itu tidak ada kesudahan seperti yang saya harapkan.

Penulis buku ini memang ada kelulusan dalam bidang penulisan so tak hairanlah buku ini memang sedap dibaca.