Taryn Moore adalah seorang pelajar yang cerdas, pintar dan cantik. Dia dan teman lelakinya Liam sama-sama ke Boston untuk menyambung pelajaran. Mereka telah berjanji untuk sehidup semati. Malangnya selepas beberapa bulan di Boston sikap Liam mula berubah. Liam seakan ingin menjauhkan diri dari Taryn. Call tak berangkat, mesej tak berjawab. Taryn yang obsessed tidak berputus asa. Dia meminta tolong Cody (teman sekelas) untuk jadi spy dan mengintip pergerakan Liam. Cody sebenarnya ada hati terhadap Taryn. Dia pernah meluahkan isi hatinya kepada Taryn tapi Taryn hanya menganggap Cody sebagai kawan biasa. Walaupun hati Cody berat untuk jadi pengintip, tapi sebab dia sayangkan Taryn, dia lakukan juga. 
.
Hasil pengintipan Cody, Taryn mendapat tahu Liam ada teman wanita baru. Satu hari, ketika Liam sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah kedai makan, Taryn datang dan mengamuk. Untuk mengelakkan perhatian dari orang ramai, Liam menarik Taryn ke tempat lain. Di situ dia meluahkan semua yang terpendam kepada Taryn. Liam mengaku dia sudah tidak ada hati lagi kepada Taryn. Katanya Taryn tidak seperti teman wanita barunya yang bercita-cita tinggi. Taryn tidak ada visi serta menjemukan. Liam meminta Taryn supaya jangan mengganggunya lagi. Mulai saat itu, Taryn berazam untuk membuktikan kepada Liam bahawa dia juga ada cita-cita..Dia juga boleh berjaya sehingga ke peringkat tertinggi. Dia mahu Liam menyesal kerana meninggalkannya. 
.
Keesokan harinya Taryn berjumpa dengan professor Jack Dorian. Jack Dorian adalah seorang pensyarah dalam bidang English literature. Taryn Ingin meminta nasihat dan pandangan samada dia berkelayakan atau tidak untuk doctoral program. Berdasarkan pencapaian Taryn setakat ini, Prof Dorian kata Taryn ada harapan untuk buat program tersebut..cuma dia dikehendaki menyiapkan satu lagi thesis. Prof Dorian berjanji akan menulis surat sokongan. Taryn menceritakan bahawa dia telah putus cinta dengan Liam. Prof Dorian memberi nasihat untuk menaikkan kembali semangat Taryn. Dia memberi keyakinan bahawa Taryn boleh berjaya.
.
Mendengar nasihat dan kata-kata Prof Dorian, hati Taryn menjadi cair. Dia sudah jatuh cinta dengan Prof Dorian. Walaupun dia sedar bahawa Jack Dorian sudah beristeri, tetapi dia cuba juga menggoda lecturer nya itu. Prof Dorian pula bersungguh untuk mengelak namun akhirnya tewas juga dengan godaan itu. Jauh di sudut hati, Jack merasa bersalah terhadap isterinya Maggie. Dia masih sayang kepada isterinya. Jack bertekad untuk menjauhkan dirinya dari Taryn apabila Maggie memberitahu bahawa dia pregnant. Jack dan Maggie telah lama menunggu kedatangan cahaya mata.
.
Jack berjumpa dengan Taryn buat kali terakhir untuk menamatkan hubungan mereka. Dia memberitahu Taryn bahawa dia masih sayangkan isterinya dan isterinya itu pregnant. Taryn sangat kecewa. Dalam diam dia berazam akan berbuat sesuatu supaya Jack kembali kepadanya.
.
Taryn telah bertemu dengan Maggie di klinik. Maggie adalah seorang doktor. Taryn datang ke klinik itu untuk check up. Kemudian dia memberitahu bahawa Jack suami Maggie adalah lecturernya tapi dia tidak memberitahu bahawa mereka ada affair. Dia memuji Jack di hadapan Maggie. 
.
Pada malam itu ketika dinner bersama Charlie ( ayah Maggie), Maggie memberitahu Jack bahawa ada seorang pelajarnya datang ke klinik untuk check up. Bila disebut nama, airmuka Jack berubah...perasaannya jadi tidak tentu hala. Setelah selesai dinner, Charlie pulang ke rumahnya sementara Maggie masuk tidur. Jack tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara tersebut. Akhirnya dia terpaksa menelan pil tidur.
.
Keesokan pagi, apabila terjaga, Jack mendapati Maggie telah pergi kerja. Dia juga bersiap untuk ke universiti. Dia masih berfikir cara untuk menyelesaikan masalah itu.
.
Pagi itu juga heboh tentang seorang pelajar perempuan membunuh diri dengan terjun dari tingkat 5. Detektif Frankie dan rakan pembantunya Mac ditugaskan untuk menyiasat kes itu. Detektif Frankie seorang yang berpengalaman. Dia berpendapat itu kes pembunuhan. Siasatan akan dijalankan. Mayat Taryn dibedah siasat dan mendapati Taryn pregnant.
Sementara ujian DNA dilakukan untuk menentukan siapakah bapa kepada bayi yang dikandung oleh Taryn, Detektif Frankie dan Mac menemu bual beberapa orang saksi.
.
Adakah Taryn membunuh diri atau dia dibunuh? Kalau dia dibunuh, siapakah pembunuhnya?
.
16 Jul 2021 at 7:46 PM

Ketika meneliti mayat Taryn di tempat kejadian, detektif Frankie tidak menemui handphone Taryn. Waktu menggeledah apartment Taryn juga, dia tidak menemui handphone tersebut. Sesiapa yang membunuh Taryn telah mengambil handphone tersebut untuk menyembunyikan sesuatu. Detektif Frankie telah memohon warrant untuk mendapatkan info dari syarikat telekomunikasi 
,
Orang pertama yang ditemu bual oleh detektif Frankie ialah ibu Taryn. Melalui ibu Taryn, detektif Frankie mendapat maklumat tentang Liam.
.
Detektif Frankie kemudian menyoal siasat Liam. Liam memberitahu Detektif Frankie bahawa dia dan Taryn telah putus hubungan beberapa bulan yang lalu. Mustahil anak yang dikandung Taryn tu adalah anaknyn dan dia tidak membunuh Taryn. Kemudian Liam menyebut nama Cody, kawan rapat Taryn.
.
Detektif Frankie kemudiannya pergi menemui Cody. Cody sangat bersedih atas kematian Taryn. Dia masih sayangkan Taryn. Dia juga tidak mengaku membunuh Taryn. Cody kemudiannya meminta detektif Frankie menyiasat professor Jack Dorian. Menurut Cody, dia mengesyaki Prof Dorian dan Taryn ada secret affair. Melalui Cody, detektif Frankie mendapat tahu bahawa Jack pernah membawa Taryn ke satu seminar dan mereka bermalam di hotel yang sama. 
.
Detektif Frankie pergi pula menemui Prof Jack Dorian. Jack mengaku pernah membawa Taryn ke seminar sebagaimana yang diceritakan oleh Cody. Jack tidak menafikan bahawa mereka ada secret affair tapi Jack telah memutuskannya sebaik saja mengetahui isterinya pregnant. Apabila detektif Frankie memberitahu bahawa Taryn juga pregnant, Jack terkejut. Taryn tidak pernah memberitahunya namun Jack tidak menafikan bahawa kemungkinan dia adalah bapa kepada bayi yang dikandung oleh Taryn itu. Detektif Frankie memberitahu Jack bahawa info dari syarikat telekomunikasi merekodkan yang Taryn ada menghantar mesej pada malam kejadian kepadanya. Kemudian Jack membalas mesej tersebut dengan berjanji untuk datang ke apartment Taryn pada malam yang sama. Jack terpinga-pinga. Seingatnya, dia tidak pernah menerima atau membalas mesej Taryn pada malam tersebut. Kemudian detektif Frankie bertanya di mana Jack berada pada malam kejadian itu. Jack menjawab dia berada di rumah, tidur bersama isterinya Maggie. Jack kelihatan resah apabila detektif Frankie memberitahu bahawa dia akan mendapatkan keterangan dari Maggie. Segalanya akan terbongkar dan Jack tidak tahu apakah tindakan dan reaksi Maggie apabila dia mendapat tahu tentang secret affair antara Jack dan Taryn. Apakah Maggie dapat memaafkannya? Itu yang dirisaukannya kerana dia masih sayangkan Maggie dan anak yang bakal lahir.
.
18 Jul 2021 at 6:00 AM 

Selepas detektif Frankie keluar dari biliknya, Jack menalipon Maggie dan ajak berjumpa dengan segera sebelum detektif Frankie datang menemui Maggie. Walau apa pun yang terjadi, Jack mahu Maggie mendengar pengakuan darinya sendiri. Dia tidak mahu Maggie mendengar cerita dari orang lain. Mereka berjumpa dan Jack menceritakan semuanya. Jack mahu Maggie memberitahu Detektif Frankie bahawa dia berada di rumah sepanjang malam kejadian itu. Pada malam kejadian, Jack memang berada di rumah tetapi menjelang tengah malam Maggie ada panggilan kecemasan dari hospital dan dia terpaksa keluar. Ketika Maggie keluar Jack memang tidur nyenyak. Maggie berada di hospital selama lebih kurang empat jam. Apabila dia kembali ke rumah, Jack masih lagi tidur. So sepanjang ketiadaannya selama empat jam itu, Maggie tidak dapat memastikan yang Jack masih tidur atau sebaliknya. Maggie kata dia tidak boleh berbohong. Hospital ada merekodkan dia masuk dan keluar. Dalam masa yang sama, Maggie rasa sangat kecewa, marah dan sakit hati. Dia cepat-cepat lari meninggalkan Jack..
.
Dalam perjalanan pulang ke universiti, di tempat letak kereta, tiba-tiba sebuah SUV muncul. Pemandu SUV itu menghimpit Jack. Jack tersepit antara dua kereta dan tidak dapat bergerak. Jack kenal pemandu SUV itu. Cody keluar dari kereta dengan wajah yang penuh dendam. Dia menuduh Jack yang menyebabkan Taryn mati. Jack memujuk Cody supaya tidak membunuhnya tapi Cody tidak peduli. Dia ingin menuntut bela atas kematian Taryn. Jack kata dia tidak bunuh Taryn. Dia kata mungkin Cody sendiri yang bunuh Taryn sebab sakit hati cintanya tidak berbalas. Cody naik angin. Tiba-tiba seorang penyelia bangunan lalu di situ dengan kenderaan utiliti. Cody cepat- cepat masuk ke dalam keretanya dan berundur dari situ. Larry Walsh, penyelia bangunan tersebut berkata dia mesti melaporkan kejadian itu kepada polis tapi Prof Dorian kata tidak perlu. Dia tidak tercedera. Kemudian dia cepat- cepat meninggalkan tempat itu. 
.
Jack call Maggie beberapa kali tapi Maggie tidak jawab. Jack masih berfikir. Dia tidak pernah menerima atau membalas mesej Taryn pada malam kejadian dan dia pun tidak nampak mesej itu tersimpan di dalam handphonenya. Bagaimana detektif Frankie boleh kata dia dan Taryn berbalas mesej pada malam Sebaik saja selesai makan malam, Charlie beredar dari rumahnya, Maggie masuk tidur. Dia pulak tidak boleh tidur dan ambil pil tidur kemudian tidur tak sedar diri.
.
Maggie menerima beberapa panggilan dari detektif Frankie tapi dia tidak jawab sebaliknya dia pergi menemui detektif itu. Maggie kata dia tidak boleh memastikan yang Jack berada di rumah sepanjang malam kerana dia sendiri terpaksa pergi ke hospital sebab ada kes kecemasan. Jack mungkin ada hubungan sulit dengan Taryn tapi Maggie berpendapat bahawa Jack tidak akan sanggup melakukan pembunuhan.
.
Siapakah yang membunuh Taryn?Apakah Jack sleepwalking, pergi ke rumah Taryn dan membunuhnya? 

19 Jul 2021 at 7:28am.

Jack mengambil keputusan untuk pulang ke rumah tapi bila sampai depan rumah, kereta Maggie tiada di situ. Jack pun terus memandu. Ke mana agaknya Maggie pergi. Dia terus memandu tanpa tujuan. Tiba- tiba Jack teringatkan sesuatu. Dia memandu terus ke rumah Charlie, ayah Maggie. Maggie tiada di situ. Polis pun tiada. Jack rasa lega.
.
Jack masuk ke rumah Charlie. Waktu itu Charlie berada di dapur. Dia nampak ada sedikit calar (macam bekas kena cakar) pada muka Charlie. Bila ditanya, Charlie kata dia terjatuh di bilik air. Kemudian Jack nampak Charlie berjalan terjengkit-jengkit. Mungkin kakinya sakit kerana terjatuh dalam bilik air. Mereka berbual tentang Taryn yang mati bunuh diri. Jack beritahu Charlie bahawa polis berpendapat Taryn dibunuh. Berdasarkan mesej yang dihantar oleh Taryn kepada Jack, Jack mungkin akan didapati bersalah kerana membunuh Taryn. Charlie terdiam. Jack kata dia tidak bunuh Taryn tapi dia tahu siapa yang membunuh...iaitu CHARLIE. 
.
Ketika dinner malam itu, waktu Maggie bercerita tentang seorang student Jack yang datang buat check up, Charlie sudah nampak perubahan pada wajah Jack. Kemudian ketika Jack turun ke bilik bawah dan Maggie ke dapur, Charlie nampak ada mesej masuk ke handphone Jack. Mesej itu dari Taryn. Charlie membalas mesej tersebut. Kemudian Charlie cepat-cepat delete semua mesej tersebut. Selesai makan malam, Charlie tidak pulang ke rumahnya sebaliknya dia pergi ke rumah Taryn. Demi kasihnya kepada Maggie, dia tidak sanggup tengok Maggie bersedih dan demi cucunya yang masih dalam kandungan, Charlie meminta supaya Taryn memutuskan hubungan dengan menantunya dan menggugurkan anak dalam kandungannya. Charlie sanggup.membiayai segala kos yang Taryn perlukan. Namun Taryn enggan berbuat demikian dan marah. Berlaku pergelutan antara mereka di rumah Taryn. Charlie dengan tidak sengaja tertolak Taryn. Taryn jatuh dan kepalanya terhantuk ke meja. Taryn pengsan. Kemudian Charlie menariknya ke balconi dan mencampakkannya ke bawah untuk kelihatan seolah-olah Taryn membunuh diri. Handphone Taryn dimusnahkan.
.
Tiba-tiba pintu depan ditolak. Charlie dan Jack ingatkan Maggie yang masuk tapi rupanya Cody. Cody masih bertekad untuk membunuh Jack. Di tangannya ada sebatang besi. Charlie mencapai pistolnya yang terletak atas kabinet dan mengacukan kepada Cody tapi Jack tidak membenarkan Charlie menembak Cody. Berlaku pergelutan antara Cody dan Jack. Charlie melepaskan tembakan dan tembakan itu tidak terkena kepada Cody tapi terkena kepada Jack. Darah bersemburan. Ketika itu juga Maggie sampai di situ. Maggie manalipon ambulan dan kemudian manalipon detektif Frankie. Jack di bawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sementara Cody digari. Jack hampir mati kerana banyak kehilangan darah. Ketika di hospital, Maggie sentiasa berasa di sisi katilnya.
.
Charlie dikenakan hukuman penjara. Ketika dalam tahanan, Charlie meninggal dunia disebabkan penyakit kanser. Maggie berpisah dengan Jack. Walaupun mereka tidak lagi tinggal bersama tapi Jack sentiasa datang melawat anak mereka dan Maggie tidak pula melarang. Anak mereka seorang lelaki diberi nama Nicholas Charles Dorian. Sementara Maggie dan detektif Frankie pula menjadi kawan baik.. 

- tamat cerita detektif- 
20 Jul 2021 at 6:03 AM