The Perfect Marriage
Suami seorang penulis, isteri seorang lawyer. Isteri selalu sibuk..masa banyak dihabiskan di tempat kerja. Suami isteri bersetuju beli rumah di tepi tasik untuk suami mencari ilham tulis buku. Al kisahnya suami sudah jumpa seorang perempuan muda.. Mereka menjalinkan hubungan dan selalu menghabiskan masa berdua di rumah tepi tasik tersebut. Perempuan tersebut pun sudah bersuami tapi katanya dia selalu didera oleh sang suami. Maka mengadu lah isteri orang ini akan kisah hidupnya yang selalu didera dan suami orang ini pulak jatuh simpati dan jatuh cinta kepada perempuan tersebut. Hubungan mereka berlangsung selama 16 bulan sehinggalah pada suatu hari mayat perempuan tersebut ditemui oleh seorang cleaner yang datang waktu pagi untuk cuci rumah tasik tersebut. Malam sebelum tu mereka berdua menghabiskan masa bersama tetapi si suami orang ini tidak tidur di rumah tersebut. Dia pulang ke rumah isterinya menjelang waktu tengah malam..
.
Si suami telah ditahan untuk siasatan. Si isteri jadi lawyer untuk defend suami.. Si suami telah dicharge.. Sebagai lawyer, dia menasihati suami supaya terima saja deal yang dibuat.. tetapi sebagai isteri, dia suruh suami fight all out sebab dia percaya kepada suaminya. Suaminya memang sah ada affair dengan perempuan tersebut tapi mengenali suaminya sejak beberapa tahun kawin, dia percaya suaminya tidak berupaya menjadi pembunuh. So si suami mengaku tidak bersalah dan dia akan dibicarakan...
.
.
.
Adakah dia berjaya membuktikan bahawa suaminya tidak bersalah? Siapakah pembunuh yang sebenar?
6 Jul 2021 at 3:01 AM
Biar saya perkenalkan watak utama dalam cerita "PERFECT MARRIAGE"
Adam - suami yang jadi penulis dan dituduh membunuh kekasih gelapnya.
Sarah - isteri Adam yang bekerja sebagai lawyer.
Kelly - kekasih gelap Adam yang mati dibunuh
Scott - suami Kelly yang dikatakan sebagai seorang yang abusive dan juga seorang anggota polis.
Anne, Matthew, Bob dan Kent kerja satu office dengan Sarah.
Rebecca - seorang reporter
Sheriff Steven - pegawai polis yang menyiasat kes pembunuhan Kelly
Deputy Hudson - partner Scott.
Jessie - lelaki yang obsessed dengan Kelly
Dari autopsi yang dibuat ke atas mayat Kelly, terdapat 3 DNA..satu dari Scott, suami Kelly, satu dari Adam, kekasih gelapnya dan satu DNA lagi tak dapat dipastikan siapa. Sarah berusaha untuk cari siapakah penyumbang DNA ketiga itu. Melalui autopsi itu juga Kelly didapati pregnant dan ujian yang dibuat mengesahkan anak itu adalah anak Adam. So Adam menghadapi dua pertuduhan membunuh yang jika didapati bersalah, hukumannya ialah MATI. Adam tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan secepat mungkin dengan Sarah sebagai peguam pembela. Adam dibenar untuk diikat jamin tapi tidak dibenarkan keluar dari rumah sehinggalah dia dibicarakan. Macam kuarantin zaman covid pulak..😂.
.
Pada malam Kelly dan Adam berada di rumah tasik itu, Adam telah menerima sepucuk sampul surat berserta di dalamnya beberapa keping gambar dia bersama Kelly dengan nota ugutan supaya Adam menamatkan hubungan dengan Kelly. Dia tak pasti siapa yang meletakkan gambar-gambar dan nota ugutan yang bertulis tangan itu di dalam peti surat rumah tersebut.
.
Jessie telah disoal siasat. Dia mengaku suka kepada Kelly tapi dia tidak membunuh. Ujian DNA juga dibuat dan DNA Jessie tidak match dengan unknown DNA yang ada pada mayat Kelly.
.
.
Siapakah yang empunya unknown DNA?
.
.
Adakah Sarah benar-benar dapat membantu suaminya yang berlaku curang itu?
. 6 Jul 2021 at 12:49 PM
.
Kelly sebelum kawin dengan Scott, pernah kawin dengan lelaki lain. Lelaki tersebut mati dibunuh dan Kelly dituduh membunuh suaminya sendiri. Ketika pembicaraan kes tersebut, bukti yang menunjukkan Kelly sebagai pembunuh telah hilang dan kes itu terpaksa ditutup dan Kelly terlepas dari hukuman. Dari khabar angin, bukti itu sengaja 'dihilangkan' oleh Scott. Semua ini diceritakan oleh Kelly kepada Adam. Kononnya Scott mengugut untuk membocorkan rahsia sekiranya Kelly melaporkan penderaan kepada pihak polis.
.
Selepas Kelly mati, Scott bertemu dengan Adam ketika Adam direman di balai polis. Scott menceritakan bahawa dia tidak pernah mendera Kelly. Kes semakin rumit.
.
Ketika dikenakan tahanan di rumah, Adam meminta Rebecca menyiasat tentang suami pertama Kelly dan keluarganya. Sebagai reporter, dengan mudah saja Rebecca mendapat maklumat tentang suami pertama Kelly dan keluarganya. Rupanya suami pertama Kelly yang mati terbunuh itu ada seorang adik. Dan adiknya itu adalah Bob, rakan sekerja Sarah. Dan yang lebih memeranjatkan lagi, gambar-gambar dan nota ugutan "END IT OR I WILL.." yang diterima oleh Adam itu dihantar oleh Anne yang juga rakan sekerja Sarah. Mulanya Adam tidak perasan akan tulisan pada nota itu..tapi dia rasa macam pernah tengok bentuk tulisan itu sebelum ini. Kemudian baru dia teringat tulisan Anne. Walaupun dia dikenakan perintah berkurung, dia keluar juga untuk bersemuka dengan Anne di pejabat Sarah. Anne mengaku dia yang menghantar gambar dan nota itu semata-mata kesian kepada Sarah tetapi dia tidak bunuh Kelly. Waktu kecoh-kecoh di pejabat, Anne meminta Bob menalipon ke balai polis. Apabila nama Bob disebut, Adam kenal Bob itu adik kepada suami pertama Kelly. Kecoh sungguh tapi tak seorang pun mengaku membunuh Kelly. Akhirnya mereka semua dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Adam akhirnya dikurung dalam lockup di balai polis. Saya lupa nak perkenalkan ibu mertua yang tidak berapa ngam dengan menantu yang dianggapnya lebih mengutamakan kerja dari rumah tangga. Eleanor tidak berapa suka kepada Sarah. Dia blame Sarah atas kecurangan Adam. Dia kata kalau Sarah fokus kepada Adam tentu Adam tak buat affair dengan perempuan lain dan semua ini takkan terjadi..
.
Semakin ramai.pulak suspect.. Agak2 sapa yang bunuh Kelly?
6 Jul 2021 at 1:31 PM
Setelah Anne dan Bob disoal siasat, tiada bukti yang membolehkan mereka ditahan atas tuduhan membunuh. Mereka dilepaskan. Sementara itu Adam berjaya melarikan diri dari tahanan. Dia pergi menemui Rebecca untuk minta tolong tapi Rebecca telah menalipon polis. Adam kembali ditangkap dan di kurung semula. Keesokannya dia di bawa ke penjara dan di situlah tempatnya sehingga dia dibicarakan.
.
Adam dibicarakan dan akhirnya juri mendapati dia bersalah. Dia di tempatkan di sebuah penjara sementara menunggu hukuman MATI. Pada awalnya, Sarah datang melawat Adam dipenjara. Adam refused untuk menceraikan Sarah kerana dia masih sayangkan isterinya dan dia yakin yang Sarah juga masih sayang kepadanya. Sarah tidak mendesak tapi dia tidak lagi melawat Adam dipenjara seperti selalu. Adam terpenjara selama 11 tahun di mana akhirnya tiba hari untuk dia menerima hukuman mati. Sarah datang melawat Adam pada hari tersebut. Mereka bertemu. Ternyata Adam masih mengharapkan isterinya dapat membantu untuk membuktikan bahawa Adam tidak bersalah. Namun Sarah kata..tiada apa lagi yang dapat dibuat.
.
Adam dipimpin masuk ke dalam bilik hukuman. Beberapa orang datang menyaksikan hukuman tersebut termasuk Eleanor ibu Adam. Sarah duduk di sebelah ibu mertuanya. Ibu mertuanya menangis. Sedih melihat Adam tercungap2 menarik nafas dan menahan kesakitan. Tamatlah riwayat suami yang curang.
.
Sarah menarik nafas lega.. Plot dan komplotnya berjaya. Tiada siapa yang syak bahawa dialah sebenarnya pembunuh Kelly dan memerangkap suaminya sendiri sehingga Adam didapati bersalah dan dihukum mati.
.
Sebenarnya Sarah telah lama tahu Adam berlaku curang dan dia juga tahu kisah silam Kelly. Apabila Sarah mendapat tahu bahawa Bob adalah saudara kepada suami pertama Kelly yang dibunuhnya, mereka berdua merancang untuk membalas dendam. Rancangan mereka berjaya. Ketika Adam masih di dalam penjara, Sarah dan Bob tinggal bersama di rumah tepi tasik itu. Sebaik saja Adam mati, mereka berkahwin. Kesian Adam..mati dengan anggapan bahawa Sarah masih sayangkannya.
.
Sampai satu stage, saya boleh agak Sarah adalah pembunuh. Cara dia handle kes walaupun nampak bersungguh nak bela suaminya, tapi ada incident yang agak meragukan. Kalau baca buku ni, boleh tahu. Eleanor dapat merasakan niat Sarah sebab itu dia mencari beberapa orang peguam lain tapi semua peguam tak sanggup terima kes tersebut dan mereka kata memang Sarah saja yang layak handle kes yang begitu kerana dia seorang peguam yang bagus.
.
37 tikaman.. Sheriff Steven tidak menemui senjata atau apa2 bukti selain dari DNA dalam badan mayat. Atau Steven ada jumpa sesuatu sebab itu pada mulanya dia sangat percaya bahawa Adam bukanlah pembunuh Kelly tapi bila post mortem mendapati ada unknown DNA, Steven bertukar fikiran. Rupanya unknown DNA itu adalah kepunyaan Steven. Sarah mungkin tahu dan mungkin juga dia telah mengugut Steven untuk memecahkan rahsia . Ketika perbicaraan, unknown DNA yang boleh menimbulkan keraguan pada kes langsung tak disebut. Rebecca pulak bukan reporter. Rupanya dia penyiasat persendirian yang bekerja untuk Bob untuk mendapatkan maklumat tentang Kelly.
.
Sarah, walaupun seorang peguam yang bagus, tapi pada pendapat saya, dia ada mental disorder sebab tu dia boleh plan untuk membunuh Kelly dan memerangkap suaminya sendiri. Kecurangan suami tidak perlu sampai membunuh. Mereka boleh bercerai dan membawa haluan masing-masing. Sarah ada kisah silam yang mengganggu fikirannya. Selepas ayahnya meninggal, ibunya hilang haluan dan menjadi penagih. Ibunya mati kerana overdose. Sarah tidak dapat memaafkan ibunya dengan kejadian ini. Dia mengharapkan ibunya jadi lebih bertanggungjawab..
Sekian.
7 Jul 2021 at 8:49 AM
0 Comments