Still Standing
Finished reading on 16 Mar 2022
This is a true story about Natalie Queiroz ( 8 months pregnant at that time) who was brutally stabbed by her own partner.
Partner Natalie yang dikenali sebagai Bobby adalah seorang Pakistani yang beragama Islam. Nama sebenarnya ialah Babur Raja. Kenapa Bobby cuba bunuh Natalie dan anak mereka yang masih dalam kandungan padahal mereka pasangan yang bahagia? Natalie kata memang tak ada masalah dalam hubungan mereka cuma ibu kepada Bobby tak dapat terima hakikat bahawa anak lelaki kesayangannya itu akan berkahwin dengan seorang wanita berkulit putih yang bukan Islam.
Bobby merupakan anak mak..Anak yang sentiasa dimanjakan ibu sejak kecil. Apa saja keinginannya akan dipenuhi oleh sang ibu. Jika ada kesalahan yang dilakukan, sang ibu cepat-cepat tolong cover jadi dari kecil Bobby tidak dilatih supaya menjadi seorang yang bertanggung jawab. Apabila dewasa dengan tekanan yang sedikit pun, Bobby akan jadi tak tentu hala. Apabila dia dapat tahu bahawa Natalie pregnant, dia menjadi bertambah tertekan..tertekan dengan sikap ibu yang tidak mahu terima hubungannya dengan Natalie dan tertekan dengan perniagaan yang tidak berapa lancar. Perniagaan tidak lancar, tentulah akan ada masalah kewangan. Anak yang bakal lahir memerlukan wang yang banyak. Semua ini memberi tekanan kepada Bobby tapi dia tidak pernah memberitahu kerisauannya kepada Natalie.
Akhirnya Bobby sudah tidak dapat mengawal kerisauan dan tekanan. Dia mengambil jalan mudah iaitu menghapuskan sumber kepada kerisauannya. Dengan pisau yang berukuran 12 inci, dia menyerang Natalie di tengah jalan, di tempat ramai orang lalu lalang. Dua orang lelaki yang cuba membantu Natalie juga tercedera. Dengan 24 tikaman, Natalie diterbangkan ke hospital. Anak yang di dalam kandungannya di keluarkan melalui pembedahan kecemasan. Walaupun lukanya telah sembuh, parutnya kekal. Luka pada emosinya juga kekal sehingga dia memerlukan rawatan PTSD. Anak mereka dapat diselamatkan tapi mengalami kecederaan otak dan mengalami learning disability.
Bobby mengaku bersalah atas dakwaan cuba membunuh Natalie. Dia dihukum penjara selama 18 tahun dan sekarang masih merengkok dalam penjara. Kejadian berlaku tahun 2016. Dan buku ini diterbitkan pada pertengahan tahun 2019. Nak tahu dengan lebih detail tentang kejadian ini, boleh Google dengan kata kunci 'Natalie Queiroz'.
0 Comments