Hobiku Membaca
Kau tanya..
Tidakkah kau jemu
Menghadap buku 24 jam?
Ku jawab..
Andai kata 24 jam itu
milikku seorang
maka jemu itu tiada malah suka
namun orang-orang yang tersayang
masih ada hak terhadapku
masih memerlukan perhatian
maka 24 jam itu ku agihkan
cukuplah jika sempat
buka buku sejam sehari
Kau tanya lagi…
Tidakkah penat otak mu
disogok dengan pelbagai perkara
yang menuntut supaya kau berfikir
Ku jawab…
Ada pelbagai jenis buku
mesti tahu memilih
waktu dan ketika mana
mahu membaca jenis buku yang berat
atau jenis buku yang ringan
Kau tanya…
tidakkah sakit mata mu
kerana terlalu banyak
merenung huruf-huruf dan tulisan
Ku jawab…
Bacalah di tepi tingkap
atau di ruang yang terbuka luas
ketika mata merasa letih
pandanglah keluar dan kejauhan
cari kehijauan alam
Kau tanya..
Tidakkah kau rasa membazir
menghabiskan ratusan ringgit saban tahun
untuk membeli buku-buku
yang belum tentu dapat habis kau baca
Ku jawab..
Kalau hati sudah suka
wang ringgit tidak berkira
namun perlu jadi bijak
beli buku ketika ada jualan murah
apalah sangat wang ringgit
jika dibandingkan dengan ilmu
yang kau dapat dengan membaca
Ku kata…
Tak payahlah kau tanya lagi..
Masing-masing ada hobi tersendiri
ada yang suka beli baju..
ada yang suka beli emas
hobi ku suka beli dan baca buku
melihat buku-buku yang bersusun
mengundang rasa kepuasan
membaca pula jadi terapi kepada stress
Kemudian ku kata lagi..
Lebih bagus membaca
dari membebel dan mengumpat sepanjang hari
sekurang-kurangnya dengan membaca
boleh tambah ilmu
membebel dan mengumpat,
apa yang dapat?
Akhir sekali ku kata..
Untuk mu hobimu
untuk ku hobiku
dan membaca itu hobiku..
0 Comments