Samada kita sedar atau tidak bahawa kita acapkali menggunakan perkataan-perkataan yang agak negatif bila kita bercakap dengan diri kita sendiri. Mulai hari ini cuba kita hitung berapa kali sehari kita menggunakan perkataan-perkataan seperti jangan, tak boleh, tak mampu, tak berupaya, tak perlu, dan sebagainya apabila kita bercakap dengan diri kita sendiri dan dengan orang lain. Kebiasaannya apa yang kita cakapkan itu akan menjadi kenyataan.


Kita ambil contoh apa yang berlaku kepada saya. Setiap kali saya memandu ke tempat yang belum pernah saya sampai, saya asyik berkata kepada diri sendiri "Aku tak boleh memandu ke tempat itu. Kalau aku pergi juga, aku akan sesat." Maka sesatlah saya walaupun sebenarnya saya telah melalui dan mengikut jalan-jalan yang betul tapi somehow saya tidak sampai ke tempat yang dituju.


Kenapa berlaku demikian?


Otak kita bekerja seolah-olah seperti sebuah komputer. Kita perlu programkan sebuah komputer bagi membolehkannya beroperasi begitu juga otak kita. Otak tidak akan tahu yang mana satu benar atau tidak kecuali kita sendiri memberitahunya, Jika kita memberitahu otak kita dengan perkataan yang negatif, maka hasilnya pun akan jadi negatif.


Kita tengok satu contoh lagi. Katakanlah hati kita terluka ditinggalkan kekasih. Kita mungkin akan memberitahu diri sendiri bahawa orang yang kita cinta selalu akan mengecewakan kita. Otak kita akan menyimpan maklumat ini sebagai data rujukan. The next time kita bercinta, besar kemungkinan akan berakhir dengan kekecewaan juga.


Sekarang kita reverse cara kita bercakap dan cara kita memberitahu otak kita. "Kekasih aku mengecewakan aku. Tapi bukan semua kekasih bersikap begitu. Mungkin kekasih kedua yang bakal aku temui tidak akan mengecewakan aku. Aku bersedia memaafkan orang-orang yang menyakiti aku. It's sound more positive, right?


Mulai hari ini kita saratkan otak kita dengan perkataan-perkataan seperti "saya boleh, saya mampu, saya perlu, saya berani, saya mahu dan sebagainya. Memang agak payah pada mulanya jika kita telah terbiasa dengan perkataan-perkataan yang negatif. It takes lots of practices. Namun jika kita selalu menggunakannya, ia akan menjadi satu tabiat atau habit. Just remember, it takes at least 21 days to develop a habit (some say 28 days). After a week, we will see that it becomes easier. It's a mindset and we can control our thoughts. Be proactive and not reactive. Give ourselves some good words starting from today.