Apakah agaknya minda separa sedar? Mungkin kita boleh ibaratkan minda kita sebagai bongkah ais (iceberg). Bahagian yang muncul di permukaan air itu ialah minda sedar (conscious mind) di mana minda ini kita boleh kontrol dan kita lebih sedar akan kewujudannya. Sementara minda separa sedar pula terletak di bawah permukaan air. This part has the greater impact even though it's hidden


Apa yang kita fikirkan dalam minda sedar menjadi modal kepada perkembangan minda separa sedar. Contohnya ketika mula-mula kita belajar makan menggunakan chopsticks, kita banyak menggunakan minda sedar untuk berfikir bagaimana cara untuk memegang chopsticks dan membawa makanan ke mulut. Ini memerlukan banyak usaha tentunya. Setelah sekian lama berlatih, kita akhirnya menjadi mahir makan dengan menggunakan chopsticks. Our deftness with chopsticks became a part of our subconscious programme such that now we would rarely drop our food. Tubuh berfungsi (seperti denyutan jantung), sikap dan semua kemahiran yang telah kita pelajari adalah termasuk dalam kawalan minda separa sedar.


Sekiranya kita meminta kepada seorang typist yang menaip dengan kelajuan 80 perkataan/ min untuk memberitahu kita tentang kedudukan huruf pada keyboard, dia akan menghadapi masalah untuk berbuat demikian. Dia boleh mengetuk 5 huruf/saat tanpa melihat kepada keyboard dengan menggunakan minda separa sedar tetapi dia teragak-agak untuk memberitahu kita tentang kedudukan huruf-huruf tersebut kecuali jika dia meletakkan jari-jarinya di atas meja dan berlagak seolah-olah dia menaip. Fascinating, isn't it?


Apa saja yang kita fikirkan hingga ke saat ini dan apa saja yang kita telah masukkan ke dalam minda separa sedar sebelum ini akan tercerna dalam kehidupan harian kita. Program dalam minda separa sedar kita yang bertanggungjawab terhadap kejayaan dan kegagalan kita. We will reap results consistent with what our inner programmes say should happen.


Sekiranya kita secara consistent berjalan, bercakap dan berfikir tentang "kejayaan", kita akan memasukkan "kejayaan" ke dalam minda separa sedar. We will attract and we will demonstrate it.


Minda separa sedar juga mempunyai keajaiban dalam kebolehannya menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin kita pernah mengalaminya. Contohnya minda sedar kita penat berfikir untuk menyelesaikan suatu masalah. Kita mengambil keputusan untuk tidur. Bila kita terbangun, kita mendapati minda separa sedar kita telah menemui jalan penyelesaiannya dan meletakkan jalan penyelesaian tersebut ke dalam minda sedar kita.


Untuk memahami secara mendalam cara minda kita bekerja bukanlah satu proses yang mudah lebih-lebih lagi bila kita menyedari bahawa otak kita sangat kompleks. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui perkara ghaib yang di luar jangkauan pemikiran kita. Kita hanya terdaya berfikir setakat yang kita mampu.


Kita perlu menyedari bahawa setiap hari kita mencipta pelbagai program dalam minda separa sedar so we better watch what we think! Lebih baik kita berfikir tentang perkara-perkara yang baik dan positif.