Saya telah menyentuh tentang tajuk di atas di dalam beberapa entri saya sebelum ini. I just wanted to make myself clearer on this matter because it's really important. Mari kita luangkan sedikit masa mengkaji tentang apa yang ada di minda kita atau apa yang kita fikirkan akan memberi kesan kepada kehidupan kita. Perhaps one of the most important principles we will ever understand about our mind is that we will always gravitate toward what we think the most.


Ada seorang teman memberitahu saya, "Ketika aku muda dulu, aku selalu berfikir dan berkata bahawa aku tidak akan mengahwini lelaki yang berasal dari Pulau Pinang (tak tahu apa sebabnya) dan juga aku tidak akan mengahwini lelaki yang bekerja sebagai seorang polis tapi sekarang aku dapat kedua-duanya sekali" Itu cerita kawan saya.


Saya juga pernah berfikir dan berkata, "Suatu hari nanti aku akan berkahwin dengan seorang doktor yang kacak" dan itulah juga yang saya dapat. And of course, kacak di mata saya tidak semestinya kacak di mata orang lain.


The principle is "Think about something and we move toward it". Walaupun kita berfikir tentang benda atau perkara yang kita tidak mahu, kita akan mendapat atau mengalami perkara tersebut. Ini adalah kerana minda berfikir atau bergerak ke arahnya.


Sekiranya saya menyebut begini,
"Jangan berfikir tentang gajah yang berwarna merah jambu dengan telinga yang besar dan mempunyai bintik-bintik berwarna ungu di badannya"

Apa yang ada di dalam fikiran anda sekarang? Yes, exactly, an elephant that I asked you not to think about.


Kefahaman dan kesedaran tentang perkara ini akan menjadikan kita lebih berhati-hati apabila berfikir atau berkata sesuatu samada kepada diri sendiri atau kepada orang lain.


Ada seorang kawan saya, selalu berfikir yang suaminya akan berlaku curang, maka setiap kali suaminya akan keluar rumah, dia akan berpesan dan bertanya bermacam-macam soalan kepada suaminya seperti, "Abang jangan merayap jumpa perempuan lain pulak" and guess what happen, betul-betul suaminya berlaku curang. Mungkin kawan saya itu boleh berpesan kepada suaminya begini, "Hati-hati ye bila abang di luar dan selalu ingatkan saya".


Jika seorang jurulatih menjerit kepada penjaga gol pasukannya dalam satu perlawanan bolasepak, "Don't miss it", dia sebenarnya mengundang masalah. Begitu juga jika seorang ibu berpesan kepada anaknya, "Jangan pecahkan nenek punya pasu antik ini", ibu ini juga mengundang masalah. Our mind simply does not, cannot and will not work on the reverse of an idea.


Ramai ibubapa yang hairan dan kecewa apabila anak-anak seolah-olah tidak mematuhi arahan yang diberikan. Apa yang dilarang, itu yang dibuat. Bila seorang ayah berkata kepada anak-anaknya supaya "Jangan bising", anak-anaknya akan membuat bising.


Atas prinsip yang sama, mungkin kita perlu menukar tanda "Dilarang membuat bising" yang terdapat di perpustakaan dan menggantikannya dengan "Diminta diam" atau sesuatu yang lebih positif.


Ibubapa juga perlu menukar beberapa arahan yang bersifat negatif kepada yang lebih bersifat positif untuk anak-anak mereka. Contohnya:
  • Jangan tumpahkan minuman -> Berhati-hati ketika minum
  • Jangan selerakkan bilik -> Bilik hendaklah sentiasa kemas
  • Jangan memakai kasut di dalam rumah -> Tanggalkan kasut di luar rumah
  • Jangan berbohong -> Sentiasa bercakap benar


These differences may seem subtle but they are very, very important. Positive thinking works because positive thinkers dwell on what they want . They then necessarily gravitate toward their goals. Always think about what we want.