Beberapa minggu lepas, saya membaca sebuah buku, "Being Happy" yang ditulis oleh Andrew Matthews (author of Follow Your Heart). Menarik isinya. Di dalam buku itu ada menceritakan tentang self image atau dalam Bahasa Melayunya imej kendiri. Tidak berapa lama dulu, saya ada menulis tentang SKIM iaitu sentuhan mahir yang wajar dimiliki oleh ibubapa dalam proses membawa anak-anak menuju MATLAMAT. Huruf "I" di dalam SKIM ialah imej kendiri. Sebenarnya self image atau imej kendiri yang positif wajar dimiliki oleh setiap individu kerana ia menentukan sejauh mana atau bagaimana kita memandang diri kita sendiri dan kehidupan serta setinggi mana pencapaian kita dalam kehidupan di dunia ini.


Sebagai contoh, sekiranya kita memandang diri kita ini tidak cerdik, maka kita selalu menghadapi masalah dalam mempelajari sesuatu. Langkah pertama yang perlu kita ambil untuk memperbaiki keadaan ialah mengubah cara kita berfikir dan cara kita bercakap tentang diri sendiri. A slow learner can begin to become a fast learner as soon as he/she changes the ideas about his/her capabilities.


Imej kendiri yang positif juga membenarkan kita menerima pujian dari orang lain. Apa reaksi kita, jika ada orang memuji begini, "masakan awak ni sedap" selepas dia merasa makanan yang kita masak. Secara jujur, saya akan menjawab begini, "ala..mana sedapnya..biasa-biasa saja". Most probably I'm being humble. Sebaliknya, orang yang imej kendirinya positif akan menjawab, "terimakasih" terhadap pujian yang diberi oleh orang lain. Sekiranya kita menolak pujian dan tidak berterimakasih, kita sebenarnya mensabotaj diri sendiri.


This is not to be confused with having a big head. Being egotistical and having a healthy self image are completely different. Orang yang ego selalu menagih perhatian dan pujian tapi tidak begitu menghargai pujian yang diberi. Sementara orang yang mempunyai imej kendiri yang sihat tidak menagih pujian tetapi sekiranya menerima pujian, dia akan berterimakasih.


Sekiranya kita ikhlas menghargai pencapaian diri sendiri, kita tidak perlu mencanangkan kejayaan kita itu ke seluruh dunia. Hanya orang-orang yang tidak yakin kepada diri sendiri sahaja yang cuba memberitahu dan cuba menonjolkan kejayaan dan harga diri mereka sendiri kepada dunia supaya dunia tahu.


Let's acknowledge that it is OK to accept compliment when it is paid to us. Kita tidak perlu menjadi sempurna untuk menerima pujian dan balaslah pujian yang diberi dengan ucapan terimakasih kerana dengan ucapan itu kita bukan sahaja menghargai orang yang memberi pujian bahkan kita juga menghargai diri sendiri. Ini adalah salah satu ciri-ciri imej kendiri yang positif.