"Aku gemok"
"Aku tak cantik"
"Aku tak pandai"
"Aku ini membosankan"


Pernah atau tidak kita mengucapkan kata-kata yang negatif seperti di atas terhadap diri sendiri? Ramai di antara kita yang berbuat demikian. Mungkin ada yang berkata, "Saya merendah diri, tak suka cakap tinggi, tak suka puji diri sendiri." Kata-kata negatif seperti di atas bukanlah sesuatu yang menunjukkan kita merendah diri sebaliknya kita mengkritik diri sendiri.


Apabila kita berterusan mengkritik diri sendiri, kita bakal berhadapan dengan dua masalah:
  1. Kita akan menjadi seperti apa yang kita kritikkan itu (law of attraction) kerana perkataan yang keluar dari mulut kita sama seperti apa yang ada dalam fikiran kita - you are what you think.
  2. Bila kita asyik mengkritik diri sendiri di hadapan orang lain terutamanya kawan-kawan, lama-lama mereka akan bosan dan merasa terganggu dengan aksi kita.


Ingatlah, Allah jadikan kita unik, penuh dengan keistimewaan masing-masing. Oleh itu wajar kita menghargai keistimewaan yang Allah kurniakan kepada kita dengan berkata yang elok-elok terhadap diri sendiri.


Jika semalam misi kita ialah mencari sesuatu yang positif di dalam situasi yang negatif, hari ini kita tambah lagi satu misi. Untuk 24jam yang berikutnya, berkatalah yang baik-baik terhadap diri sendiri. Jika tidak ada sesuatu yang baik untuk diperkatakan, maka diam adalah lebih baik.


Jadikan itu sebagai satu kebiasaan (habit) dan kita akan mendapati:
  • Perasaan kita terhadap diri sendiri akan bertambah baik.
  • Kita tidak akan membosankan kawan-kawan yang ada di sekeliling kita.
  • Aksi dan tindakan kita menjadi semakin baik dan mantap.