Perhatikan orang-orang yang paling bahagia di sekitar kita dan kita akan mendapati satu perkara iaitu mereka sebenarnya tidak memilki kehidupan yang mudah. Orang-orang yang gembira dan bahagia biasanya lebih banyak menghadapi ujian dan dugaan. Namun ada sesuatu yang menjadikan mereka gembira dan bahagia iaitu mereka belajar mencari sesuatu yang baik daripada semua ujian dan dugaan tersebut.


Apabila kita mencari kebaikan terhadap sesuatu situasi atau seseorang, kita akan menjumpainya begitu juga andainya kita mencari sesuatu yang jelek, kita juga akan menperolehinya. Justeru, bukan mengubah keadaan atau situasi yang membuatkan kita bahagia tapi mengubah cara kita berfikir itu yang membuat hati kita lapang dan tenang.


Andainya kita sengaja mencari kejelekan dalam pekerjaan kita atau ibu mertua kita atau suami/isteri kita, di sana kita akan bertemu dengan kejelekan tersebut. Ramai di antara kita yang hanya membuang masa dengan mencari sesuatu yang buruk dalam kehidupan ini dan kemudian berkata "I'm just being realistic!". Itu bukan realistic tetapi itu negatif sebenarnya.


Orang-orang yang bahagia dan gembira selalu bertanya begini kepada diri mereka sendiri, "Apakah kebaikan yang boleh aku dapat daripada ujian dan dugaan ini?"


Contoh:

Kita terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Tanyakan kepada diri kita, "Apakah kebaikan yang aku dapat dari situasi ini?"
  • Kita ada lebih banyak masa untuk mendengar radio atau music.
  • Kita ada lebih banyak masa untuk berzikir.
  • Kita boleh merancang hari dan masa kita.
  • Lebih baik dari berjalan kaki


Contoh:

Kita kehabisan wang perbelanjaan sebelum dapat gaji yang seterusnya. Tanyakan kepada diri kita, "Apa kebaikan jika tiada wang?"
  • Kita akan belajar menghargai perkara-perkara yang tidak boleh dibeli dengan duit.
  • Kita akan menjadi lebih bersemangat untuk bekerja keras
  • Kita akan mendapati siapa di antara kawan kita yang ramai itu menjadi sahabat di masa senang dan susah.


Mencari kebaikan dan hikmah di sebalik ujian dan dugaan adalah kunci kepada kebahagiaan dan ketenangan.


Justeru, apakah misi kita dalam masa 24jam yang berikutnya? Ya, dalam setiap situasi dan keadaan, cuba cari sesuatu yang baik dan positif. Mungkin agak sukar pada mulanya tapi apabila ia sudah menjadi suatu kebiasaan (habit), insyaAllah dalam situasi yang sukar sekali pun, kita mampu merasai kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan.