"Aku hairan la..kenapa suami aku tipu. Kalau dia cakap betul pun, tak kan aku nak marah dia pi main badminton petang semalam"


"Apa dia cakap pada kau?" 


"Dia kata dia balik lewat sebab nak habiskan kerja di ofis. Tapi tadi aku jumpa Nina, dia kata suami aku dan suami dia main badminton lepas ofis petang semalam."


"Agaknya dia tak plan nak main badminton kot, tiba-tiba saja suami Nina mengajak dan dia tak sempat bagitau kau. Ala..tak payah la kau fikir sangat pasal tu.. Dia cuma pi main badminton aje..dengan suami Nina, ok la tu"


"Entah-entah ada perempuan lain kat situ..mana kita tahu.."


"Alahai…janganlah kau susahkan hati sendiri…Tak payah la fikir yang negatif. Kalau kau nak senangkan  hati, tanya sendiri pada suami kau tu"


Itu kisah kawan saya. Kadang-kadang hairan juga, kenapa lelaki tidak berterus terang dengan isteri.? Kenapa mereka harus berbohong pada wanita yang mereka sayang walhal perkara itu bukannya perkara besar pun, setakat pergi bermain badminton dengan kawan saja. Beberapa hari lepas, saya terbaca satu artikel tentang 'Why Men Lie'. Yang tulis artikel tu lelaki. Dia buka rahsia kenapa lelaki suka berbohong dengan isteri..:-)). Penulis tu beri tiga sebab kenapa lelaki berbohong pada isteri walaupun pada perkara-perkara yang remeh:-


1. Sebab yang pertama ialah lelaki fikir pasangannya tidak mahu mendengar jika dia berkata benar.


"Abang, kalau saya pakai baju ni, nampak gemuk ke?" tanya si isteri.


Kalaulah suami berterus terang begini.."Awak ni pakai baju apa pun nampak gemuk", apa agaknya reaksi si isteri?


Dalam situasi begini, kadang-kadang suami serba salah. Berterus terang bimbang isteri merajuk, mulut muncung seminggu, silap-silap kena tidur atas sofa di ruang tamu. 


Apabila suami cuba mengambil hati isteri, dengan mengatakan yang sebaliknya pun, kadang-kadang isteri terasa dia diperli pula. Suami cuba rationalised situasi, yang mana lagi bawa kemudaratan samada bercakap benar atau sebaliknya. Akhirnya suami mengambil keputusan memilih untuk tidak berterus terang kerana suami merasakan itu yang mahu didengar oleh isterinya.


"Ala..sayang ni pakai baju apa pun nampak slim aje" 


"Betul ke bang?"


"Betul"  Walhal saiz si isteri kecil sikit daripada saiz mak hippo..;-))



2. Sebab kedua ialah lelaki fikir pasangannya tidak akan suka lagi atau benci kepadanya jika dia berterus terang.


"Abang dok fikir apa tu.. melayang jauh nampaknya fikiran abang tu?" tanya si isteri.


"Tak fikir apa-apa la sayang" Padahal fikirannya berserabut berfikir tentang kekasih zaman sekolah dulu yang dia terserempak di Coffee Bean petang tadi.


Dua sebab di atas cuma pada fikiran lelaki sahaja. Mereka berfikir begitu. Mungkin pasangan mereka tidak akan bertindak seperti yang mereka fikirkan..;-)


3. Sebab ketiga adalah sebab yang agak memeranjatkan saya selaku perempuan..;-). One of the biggest reasons men lie to women is because they are scared of women. Lelaki tidak takut para fizikal wanita biarpun sais pasangannya macam hippo tapi lelaki sebenarnya takut para EMOSI wanita. Kepada lelaki, emosi adalah sesuatu yang sukar untuk ditangani. Andainya emosi mereka tercalar, agar sukar untuk pulih dan mengambil masa. Menurut Dr John Cottman (psychologist di University of Washington) wanita lebih bijak mengendali dan menangani emosi. 


Mengendali emosi bagi wanita, adalah seperti terjun ke kolam renang. Basahnya sudah tentu tapi kolam renang tidak luas dan dengan pantas boleh naik semula ke tebing. Bagi lelaki pula, mengendali emosi adalah seperti tercampak ke tengah lautan, tenggelam timbul sedangkan daratan tidak kelihatan dan dikelilingi pula oleh jerung-jerung yang ganas.


Jadi apa kena mengena emosi dengan berbohong? 


Berbohong untuk mengelakkan emosi dari terluka dan melukai. Bayangkan jika suami berterus terang dia mempunyai kekasih lain di luar sana. Si isteri tentu akan terkena renjatan emosi, mengamuk sehari suntuk, macam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Kebanyakan isteri akan bereaksi begitu tapi ada juga isteri yang cool. Itulah yang paling ditakuti oleh suami..emosi wanita yang sedang mengamuk ibarat jerung yang boleh menelannya atau kalau tak telan pun akan terluka sebab digigit. Luka emosi pada lelaki, sukar untuk diubati dan mengambil masa yang lama. Mungkin boleh saya katakan emosi lelaki lebih bersifat seperti bola kaca. Bola kaca jika jatuh ke tanah, berderai dan sukar untuk dicantumkan semula. Untuk mengelakkan semua itu dari berlaku, lelaki akan berbohong.



Jadi, apa yang perlu wanita lakukan? Lelaki takut berhadapan dengan emosi wanita dan emosi sendiri, justeru bagaimana untuk membuatkan lelaki berterus-terang dan tidak berbohong. Wanita harus belajar saikology lelaki. Lihat dan belajar bagaimana lelaki berinteraksi sesama teman lelakinya.


"Petang ni you free. Kita main badminton?" 


"Jom kita lepak kat Coffee Bean sekejap"


Dalam masa mereka bermain badminton dan lepak di Coffee Bean itulah, mereka akan meluahkan perasaan mereka kepada kawan, menceritakan masalah dan sebagainya. Justeru, wanita perlu buat perkara yang sama. Untuk meluahkan perasaan atau untuk membuatkan lelaki meluahkan perasaannya, cari satu perkara sampingan untuk dijadikan sebagai fokus seperti bermain badminton, berenang, makan-makan di tepi pantai dan sebagainya. Kemudian secara tak langsung dan tidak beremosi, bangkitkan perkara yang wanita inginkan kepastian atau perkara yang wanita ingin bincangkan. Woman cannot directly talk about feeling on man's face. Ketika wanita sedang beremosi, lebih baik jauhkan diri daripada lelaki.



Itulah yang disarankan oleh penulis artikel 'why men lie'. Saya cuma berkongsi saja apa yang saya baca dan faham.