Cerita tentang seorang budak perempuan (Annabel) yang menghidapi penyakit yang dipanggil 'pseudo-obstruction motility disorder' (stomach disorder) sejak berusia 4 tahun. Yang menyedihkan ibu bapa Annabel adalah apabila doktor memberitahu bahawa penyakit ini tidak boleh diubati, hanya boleh dikawal dengan beberapa jenis ubat-ubatan. Salah satunya ialah cisapride (ubat yang dikawal ketat kerana kesan sampingan yang merbahaya). Hanya pakar yang tertentu saja boleh prescribe ubat ini. Itu pun pesakit mesti di monitor dan setiap 6 minggu sekali kena buat medical check up. Rawatan ini memang mahal lebih-lebih lagi pakar yang berkenaan tinggal jauh. Nak jumpa pakar tersebut 6 minggu sekali terpaksa naik kapal terbang. Namun ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak. Ibu bapa Annabel  tidak berputus asa. Walau menghadapi kekangan kewangan, mereka meneruskan juga rawatan tersebut dengan harapan Annabel boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Ada satu ketika Annabel  mengeluh kepada ibunya…alangkah baiknya jika dia kembali ke pangkuan Tuhan (keluarga mereka agak religious), mati supaya dia tidak perlu merasa sakit.

Dengan bantuan ubat-ubatan, Annabel meneruskan persekolahannya walaupun tidak secergas anak-anak yang lain. Satu hari, Annabel mengikut kakak dan adik perempuannya bermain di belakang rumah (mereka tinggal di kampung). Walaupun perempuan, anak-anak kampung biasanya aktif memanjat pokok. Ketiga-tiga beradik memanjat pokok cottonwood.Pokok cottonwood adalah sejenis pokok yang besar dan tinggi. Agak tinggi juga mereka memanjat. Waktu turun, entah bagaimana Annabel jatuh terperosok masuk ke dalam pokok . Rupanya batang pokok tersebut lohong (berlubang).

Pasukan penyelamat mengambil masa hampir dua jam untuk menyelamatkan Annabel. Melihat daripada ketinggian (30kaki) Annabel jatuh, pasukan penyelamat tidak meletakkan harapan tinggi untuk menemuinya hidup. Lagipun apabila namanya dipanggil, tidak ada jawapan daripada Annabel. Apabila Annabel berjaya dibawa keluar, dia terus dibawa ke hospital. Di hospital, pemeriksaan teliti telah dibuat. Doktor mendapati tiada kecederaan dalaman seperti yang dijangkakan. Annabel hanya mengalami lebam dan calar. Itulah keajaiban yang berlaku. Jika dilihat cara dia jatuh (kepala menjunam masuk ke dalam pokok), dia akan mengalami kecederaan yang teruk.

Annabel menceritakan kepada ibunya bahawa dia telah pergi ke satu tempat sewaktu dia jatuh ke dalam pokok itu. Tempat yang sangat cantik. Di situ dia bertemu seseorang (menurutnya orang itu ialah Jesus atau Nabi Isa) dan orang itu menyuruhnya pulang semula ke dunia kerana belum tiba masanya bagi Annabel untuk tinggal di tempat itu. Selain daripada itu, dia bertemu juga dengan nenek dan kakaknya yang telah meninggal.  Orang itu menghantar semula Annabel ke dunia dan waktu itulah dia tersedar semula dan mendapati dirinya ada di dalam pokok dan terdengar namanya dipanggil oleh pasukan penyelamat.

Lagi satu keajaiban ialah penyakit yang dihidapi oleh Annabel sejak berusia 4 tahun juga telah sembuh. Ini disahkan sendiri oleh doktor yang merawatnya. Penyakit yang dikatakan oleh doktor tak boleh sembuh tetapi selepas insiden dia jatuh ke dalam pokok, penyakit itu telah sembuh dan Annabel telah dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.


Itulah intipati kisah yang terkandung di dalam buku "Miracle From Heaven" yang diterbitkan dalam bulan April 2015.