FIRST THEY KILLED MY FATHER
AUTHOR: LOUNG UNG
FIRST PUBLISHED: 2000
=======
Sedih baca buku ni. Kisah kekejaman tentera Khmer Rouge yang menawan Phnom Penh dari kerajaan Cambodia. Tentera Khmer Rouge di bawah pimpinan Pol Pot telah menghalau penduduk Phnom Penh dan menjadikan mereka hamba abdi yang bekerja di ladang dan di sawah. Tawanan mereka termasuklah lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kanak-kanak yang masih kecil juga diarah bekerja tanpa rasa belas kasihan. 

Penulis buku ini ketika itu berusia 5 tahun. Keluarganya terdiri daripada ibu, ayah, 3 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan dan penulis merupakan anak yang cerdik dan keenam dari 7 orang. Keluarga beliau boleh dikatakan agak berada kerana ayahnya bekerja sebagai pegawai kerajaan. Tapi tentera Khmer Rouge telah memusnahkan segalanya. Hiduplah mereka sekeluarga sebagai hamba abdi yang dikerah bekerja tapi hanya diberi makanan yang sedikit. Dua daripada saudaranya meninggal dunia kerana tidak tertanggung dengan penderitaan dari segi fizikal dan emosi.

Ketika tentera Khmer Rouge mendapat tahu bahawa ayah Loung adalah bekas pengawai kerajaan, dia telah dibunuh. Setelah ayah mereka dibunuh, ibu mereka memaksa mereka berpecah dan mengaku sebagai anak yatim sekiranya mereka ditanya. Dengan cara itu saja mereka akan terselamat. Mulai detik itulah Loung terpisah daripada ibu dan adik beradiknya yang lain dan dia diambil bekerja di sebuah kem tentera Khmer Rouge. Dia di brainwash dan dilatih menjadi askar.

Ketika tentera Vietnam menyerang tentara Khmer Rouge, suasana menjadi kucar kacir. Ketika ini Loung bertemu kembali dengan dua orang saudaranya dan mereka sama-sama menjadi pelarian dan mendapat perlindungan daripada tentera Vietnam.

Mereka sama-sama melarikan diri dari Cambodia menuju ke Vietnam, Thai dan akhirnya migrate ke US.

Segala kesusahan yang dihadapi ketika kecil menjadikan Loung kental dan berani. Kini beliau menetap di US, berkahwin dan menjadi aktivist.


There's a movie based on this book. The title is the same and directed by Angelina Jolie. Distributed by Netfix recently. So kalau tak sempat baca buku, boleh tengok movienya.