Thrown Away Child
Thrown Away Child ditulis oleh Louise Allen dan diterbitkan pada November 2017. Ini adalah satu-satunya buku memoir yang beliau tulis. Buku-buku yang lain adalah novel romance. Buku ini mengisahkan kehidupan beliau sendiri.
Louise dilahirkan oleh seorang teenager (ibunya berusia 15 tahun waktu melahirkan beliau). Biological father entah siapa. Louise diletakkan dalam care system memandangkan ibunya tidak mampu memeliharanya.
Beliau diambil sebagai anak angkat oleh Barbara dan suaminya. Kisah penderaan oleh Barbara bermula ketika Louise masih kecil. Macam-macam bentuk penyiksaan dilakukan. Selain dari Louise, Barbara ada memelihara dua orang anak lain, William dan Kevin (anak jiran yang kematian ibu) namun yang selalu kena dera ialah Louise dan William. Louise dan William selalu dibiarkan kelaparan sementara Kevin diberi makan yang enak-enak. William dan Louise bukan saja didera secara fizikal tetapi juga secara verbal. Setiap hari mereka disumpah seranah dengan kata-kata yang kasar. Pelajaran mereka diabaikan. Walaupun mereka dimasukkan ke sekolah tapi mereka lebih banyak duduk di rumah jadi hamba abdi kepada Barbara. Suami Barbara, Ian tidak campur tangan. Dia sekadar melihat anak-anak itu didera tanpa berbuat apa-apa. Sebenarnya ada jiran yang report kepada authority. Social worker datang untuk meninjau tapi Barbara pandai bermuka-muka. Social worker lebih percaya cerita yang direka oleh Barbara. Louise dan William tidak berani mengadu. Mereka bimbang akan dipukul oleh Barbara.
Satu hari William telah dihantar ke satu tempat. Louise tidak pasti ke mana. Sejak hari itu, Louise telah kehilangan seorang kawan. Kemudian Kevin, anak yang disanjung itu sudah berani buat tidak senonoh kepada Louise. Kevin dan Mark (kawan Kevin) memperkosa Louise yang ketika itu berusia 13 tahun. Barbara tahu akan hal itu tapi tidak buat apa-apa tindakan.
Apabila usia Louise meningkat 15 tahun, beliau sudah berani melawan. Banyak masa dihabiskan di luar rumah bergaul dengan budak-budak yang merokok, minum dan sebagainya. Louise mula belajar mencuri dan bercakap bohong. Ketika itu beliau berkenalan dengan Tim. Dia jatuh cinta dengan Tim. Tim banyak memberi galakan kepada Louise untuk meneruskan cita-citanya menjadi seorang pelukis. Art adalah satu-satunya bidang yang Louise minat dan beliau sangat pandai melukis. Louise bercita-cita untuk masuk art school.
Tim melanjutkan pelajaran ke universiti dan mereka terpaksa berjauhan. Walaupun sedih untuk berpisah, Louise terpaksa menerima. Semakin hari, semakin teruk penderaan yang diterima akhirnya Louise mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Louise pergi mendapatkan Tim di bandar. Louise mencari pekerjaan. Tanpa kelulusan, tiada pekerjaan yang sesuai dengannya selain dari menjadi buruh kasar seperti cleaner, gardener dan sebagainya. Sambil itu Louise memohon untuk masuk ke kolej art tapi tidak berjaya kerana belum cukup umur dan masih belum boleh membaca/mengira dengan baik. Dalam pada itu, Tim memutuskan hubungan kerana bertemu dengan wanita lain. Dengan hati yang hancur luluh, Louise membawa diri. Namun beliau masih tidak berputus asa untu masuk ke kolej art.
Apabila cukup umur untuk ke kolej, Louise memohon sekali lagi. Walaupun beliau masih ada masalah membaca, pihak kolej menerima permohonan Louise. Mereka meneliti lukisan-lukisan yang dilukis oleh Louise dan merasa kagum. Setelah didiagnos, rupanya Louise ada masalah disleksia.
Sementara itu Barbara jatuh sakit. Barbara mengalami masalah mental dan juga stroke. Ketika Louise melawat Barbara di pusat rawatan, Barbara menceritakan segala tentang dirinya. Barulah Louise tahu bahawa Barbara juga pernah didera sewaktu kecil. Louise bersimpati dan memaafkan Barbara tapi dia tidak mampu menjaga Barbara. Louise datang menziarahi Barbara ketika nazak tapi dia tidak menunggu sehingga Barbara menghembuskan nafas terakhir.
Louise Allen adalah nama pena kepada Melanie Hilton, kini berusia 69 tahun. Dia berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Selain itu beliau memelihara dua orang anak angkat. Beliau mengakui tidak mudah menulis cerita tentang diri sendiri untuk tatapan umum lebih-lebih lagi cerita tentang penderaan. Beliau mengambil masa yang lama untuk publish memoir ini untuk tatapan umum. Selama ini cerita penderaan beliau hanya menjadi rahsia dirinya.
0 Comments