Sebuah kapalterbang kecil terhempas di sebuah pantai di Long Island. Yang hairan tu tak ada satu mayat pun dijumpai. Ketua polis tempatan (seorang wanita yang bernama Jo) datang menyiasat kawasan kemalangan dan menemui seorang budak perempuan. Tiada tanda-tanda budak perempuan itu terbabit dalam kemalangan tersebut. Walaubagaimana pun dia dibawa ke hospital untuk diperiksa. Hasil pemeriksaan doktor, budak perempuan tersebut tiada kecederaan luaran dan dalaman cuma dia hilang ingatan. Dia tak boleh ingat walau satu perkara pun tentang dirinya. Nama dia sendiri pun dia tak ingat.

Jo membawa balik budak perempuan itu ke rumahnya sementara mereka berusaha mencari kedua ibu bapa atau warisnya. Di rumah Jo, budak perempuan itu diberi nama Piper. Piper berkawan dengan anak perempuan Jo yang lebih kurang sebaya umurnya iaitu Mia.

Sehari selepas itu, ada pasangan yang datang ke balai polis dan mengaku Piper adalah anak mereka. Jo berasa sangsi dan membuat penyiasatan. Ternyata pasangan tersebut bukan ibu bapa Piper. Kemudian ada seseorang datang ke rumah Jo dan menculik Piper. Piper dibawa lari dengan sebuah kereta dan Jo mengekori kereta tersebut. Sampai di satu tempat, tiba-tiba kereta itu meletup. Pemandu kereta tersebut mati tetapi Piper sedikit pun tidak cedera.

Piper adalah seorang budak perempuan yang penuh misteri. Jo akan meneruskan penyiasatan untuk mencari waris Piper.

Ini adalah episod pertama dari siri baru EMERGENCE. Saya sudah masukkan siri ini dalam list.