Crawl
Ribut taufan melanda Florida. Ia mengakibatkan kerosakan yang dahsyat di kawasan yang berhampiran dengan pantai dan laut. Banjir besar melanda dan menenggelamkan rumah sehingga ke bumbung.
Beth menghubungi adiknya Haley apabila ayah mereka hilang dan tidak dapat dihubungi. Haley pulang ke rumah ayahnya dan mendapati ayahnya cedera dan terdampar di basement rumah lama tersebut. Haley menarik ayahnya ke tangga kerana air telah mula membanjiri bahagian basement itu. Waktu inilah seekor alligator yang sangat besar datang menyerang mereka. Mereka dapat menyelamatkan diri dari dibaham cuma mereka tidak boleh lama di bawah rumah kerana air semakin naik.
Mereka ada dua musuh..aigator dan air yang semakin naik. Segala usaha mereka untuk naik ke bahagian atas rumah menemui jalan buntu. Tambahan pula Haley dan ayahnya telah cedera digigit oleh alligator yang ganas. Rupanya ada sepasang alligator di situ.
Cuma satu cara saja yang mereka perlu cuba iaitu keluar melalui terowong paip. Ayah Haley dapat satu idea iaitu dengan mengalih perhatian dua ekor reptilia itu.. Dave membuat bising dengan mengetuk batang- batang paip sementara Haley berenang melalui terowong Dia berjaya keluar dari basement dan masuk ke dalam rumah serta cuba menyelamatkan ayahnya pula. Air semakin naik. Ayahnya telah kelemasan. Haley perlu bertindak pantas. Dia memecahkan lantai rumah dan menarik ayahnya ke atas dan melakukan CPR. Ayahnya kembali bernafas.
Mereka perlu keluar segera dari rumah itu. Semua kawasan telah dinaiki air. Mereka jumpa sebuah boat dan mereka naik ke atas boat itu. Tiba-tiba satu ombak besar datang melanda dan mereka telah tercampak ke dalam air. Reptilia ganas masih berkeliaran dan bersedia untuk menyerang mangsa. Haley dan ayahnya tidak berputus asa. Mereka berusaha menyelamatkan diri. Akhirnya mereka berjaya memanjat bumbung sebuah rumah. Mereka terselamat dari menjadi mangsa alligator tersebut. Kemudian mereka diselamatkan oleh sebuah helikopter yang lalu di situ.
Cemas tengok movie ni...Crawl 2019
0 Comments