10 Minutes 38 Seconds
Ini buku kedua Elif Shafak yang saya selesai baca minggu lepas. Buku pertama beliau yang saya baca tahun lepas ialah THE FORTY RULES OF LOVE recommended by Khairi Mohamad. Buku 10 MINUTES 38 SECONDS pun best jugak..
Tequila Laila seorang prostitute yang ditemui mayatnya dalam tong sampah. Mulanya saya ingat, ini kisah penyiasatan untuk mencari siapa pembunuh Laila, rupanya tidak.
Di saat jantung terhenti berdenyut, rupanya otak masih hidup. Bagi Laila, 10 minit 38 saat itu adalah waktu di mana otaknya mengimbas kembali kenangan lalu..waktu kecil, waktu remaja sehinggalah ke saat dia dibunuh. Satu demi satu imbasan itu datang menjelma. Ini adalah bahagian pertama buku ini.
Selepas 10 minit 38 saat jantung terhenti, otak pula kehilangan upaya..She's totally dead. Mayat dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Selepas selesai, pihak berkuasa menghubungi keluarga Laila namun mak dan ayahnya tidak sudi menerima mayat anak mereka. Waktu Laila mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah di kampung dan datang ke Istanbul untuk menjalani kehidupan bebas menjadi pelacur, mak dan ayahnya telah membuang Laila dan tidak mengakunya sebagai anak.
Laila mempunyai beberapa orang kawan baik. Mereka cuba claim mayat Laila untuk dikebumikan tetapi tidak berjaya kerana mereka bukan waris. Pihak berkuasa kemudian mengkebumikan mayat Laila di sebuah perkuburan khas untuk mayat-mayat yang tidak dituntut. Perkuburan ini dipenuhi dengan mayat-mayat yang mempunyai sejarah buruk seperti pembunuh, bunuh diri, pemabuk dan lain-lain.
Kawan-kawan Laila sedih kerana mereka rasakan Laila adalah seorang yang baik. Lalu mereka mengambil keputusan untuk menggali kubur dan mengeluarkan mayat Laila untuk dikebumikan di perkuburan yang lebih baik. Kerja ini mereka lakukan ketika waktu malam.
Namun usaha mereka untuk mengkebumikan mayat Laila di perkuburan yang lain telah dihalang oleh polis. Mereka terpaksa membawa lari mayat Laila. Siang menjelang. Mereka tidak tahu apa yang seharusnya dibuat dengan mayat tersebut.
Salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Laila pernah menceritakan bahawa jika dia mati, dia lebih suka mayatnya dikebumikan di dalam air daripada dikebumikan di dalam tanah. Akhirnya semua bersepakat untuk mencampakkan mayat Laila ke dalam air.
Note: Elif Shafak adalah seorang penulis novel Turki sebab itulah kebanyakan novelnya berlatar belakangkan negara itu.
0 Comments