Buku ini ditulis oleh seorang doktor muda. Saya kagum dengan kesungguhan beliau. Walaupun lima kali jatuh sakit dan lima kali juga hampir mati, beliau tidak pernah berputus asa mencari penawar kepada penyakitnya. 

Dr David Fagjenbaum buat pertama kali diserang penyakit ganjil ketika beliau masih menuntut di kolej perubatan. Ayahnya seorang pakar pembedahan tulang manakala ibunya pula telah meninggal disebabkan cancer ketika beliau masih di bangku sekolah. 

Pakar perubatan yang merawat beliau tidak berjaya buat sebarang diagnosis pada penyakit ganjil tersebut. Dalam masa yang singkat fungsi semua organ dalam badannya seperti buah pinggang dan hati semakin merosot. Ujian untuk semua jenis infection tidak menunjukkan beliau terkena jangkitan virus atau bacteria. Namun ada tanda- tanda  yang menjurus kepada lymphoma seperti lymp nodes membengkak. Apabila ujian biopsy dibuat, keputusannya negative untuk lymphoma. David hanya dirawat dengan corticosteroids. Beberapa minggu kemudian, kesihatan David pulih. Organ-organ dalam badannya kembali berfungsi dan beliau dibenarkan keluar dari hospital. 

Ketika berada di rumah, David terus mencari info tentang penyakit misteri yang dihidapinya. Beliau menjangkakan penyakit itu akan berulang dan jangkaan beliau memang betul. Seleoas 4 minggu keluar dari hospital, penyakit misteri tu datang lagi. Sekali lagi beliau dimasukkan ke hospital. Pakar yang merawat David membuat beberapa siri ujian termasuk biopsy dan akhirnya diagnosis telah dibuat oleh seorang pakar penyakit genetik. David menghidapi iMCD - idiopathic multicentral Castleman Disease. Penyakit ini memang rare sebab itulah tiada banyak kajian dibuat untuk mencari penawarnya. Castleman Disease pun banyak jenis. David dirawat dengan chemo dan rawatan itu berkesan buat sementara.  
Castleman Disease menyerang David hampir separuh mati sebanyak 5 kali. Walaupun berada diambang maut sebanyak 5 kali, namun David tidak berputus ada. Beliau dan beberapa orang doktor pakar berusaha mencari ubat yang dapat merawat penyakit itu. Kajian tentang Castleman Disease dijalankan melalui crowdsource. Semua data pesakit yang menghidap penyakit ini di seluruh dunia telah dikumpul kemudian dikaji untuk mencari penawarnya. Kali terakhir David diserang oleh penyakit ini iaitu lima tahun lalu, beliau telah diberi rawatan chemo dan Sirolimus. Sirolimus adalah sejenis ubat yang didapati sesuai dengannya setelah beberapa siri kajian yang dijalankan. 

Kini, David Fajgenbaum sihat dan bahagia di samping isterinya Caitlin dan bayi perempuan mereka. Dalam keadaan sakit pun, beliau berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dan juga dalam bidang perniagaan.  

Kuat semangat, tidak mengaku kalah dan tidak berputus asa membawa kepada kejayaan Dr David dalam 'Chasing My Cure'