Finding Chika
Finding Chika adalah buku terkini Mitch Albom. Chika dilahirkan tiga hari sebelum gempa bumi dahsyat yang berlaku di Haiti dalam tahun 2010. Gempa bumi yang terjadi menyebabkan ramai yang terkorban tapi Chika yang berusia 3 hari, dua orang kakaknya serta ibu dan ayah terselamat.
Ketika berusia 3 tahun, Chika kehilangan ibu yang meninggal ketika melahirkan adik lelakinya. Selepas ketiadaan ibu, dua orang kakak serta adiknya yang baru lahir dipelihara oleh saudara ibunya manakala Chika dipelihara oleh kawan baik ibunya.
Keadaan rumah ibu angkat Chika tidak begitu selamat untuk kanak-kanak yang berusia 3 tahun. Jiran ibu angkatnya mencadangkan supaya Chika dihantar ke rumah anak yatim.
Rumah anak yatim itu dibuka oleh Mitch Albom sejurus selepas gempa bumi tahun 2010. Pengurus dan pekerja rumah anak yatim itu terdiri daripada penduduk tempatan. Dana untuk rumah anak yatim tersebut diurus dan disediakan oleh Mitch Albom. Sekali sekala beliau akan datang ke Haiti bagi meninjau keadaan rumah anak yatim tersebut.
Chika seorang anak perempuan yang aktif. Anak-anak lain kebanyakannya pemalu ketika bertemu buat pertama kali tapi Chika sangat peramah.
Pada satu hari, Mitch mendapat panggilan daripada pengurus rumah anak yatim. Pengurus memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada Chika. Disebabkan kekurangan kepakaran di hospital Haiti, Chika tidak mendapat rawatan yang betul. Mitch membawa Chika ke Michigan. Di sana, doktor mendapati ada ketumbuhan pada otak Chika. Kedudukan tumor tidak memungkinkan pembedahan dilakukan. Doktor mencadangkan rawatan chemotherapy dan radioterapi namun tumor itu tidak mengecil malah semakin membesar.
Mitch tidak berputus asa. Beliau mencari rawatan lain. Ada satu kajian rawatan yang dibuat di German. Mitch berusaha untuk memasukkan Chika dalam rawatan itu. Beliau dan isterinya serta Chika terbang ke German sebanyak 3 kali. Sebaik saja pulang dari German untuk rawatan kali yang ketiga, keadaan Chika semakin teruk. Wajah Chika yang dulunya ceria kini muram dan suram. Mitch dan Janine berada di sisi Chika sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazah Chika dibawa pulang ke Haiti untuk dikebumikan.
Menitis air mata baca buku ni...sama sedih macam baca buku TUESDAYS WITH MORRIE yang ditulis oleh Mitch Albom sebelum ni.
0 Comments