The Garden of Evening Mists
I gave 5stars to this book. Penulisnya orang Malaysia, lahir di Penang berusia 48 tahun. Dapat ijazah law dari Uni of London. Balik sini, kerja sebagai lawyer sekejap sebelum jadi fultime writer. Penulis Malaysia pertama menang "Walter Scott Prize" for historical fiction. Hebat. Tan Twan Eng tulis dua buah novel. The Garden of Evening Mists dan The Gift of Rain. The Gift of Rain ( saya belum baca) ialah buku yang pertama ( terbit 2007). The Garden of Evening Mists pun saya baca ebook saja. Nak cari physical book agak susah sebab buku lama. Kedai buku di Malaysia ni mungkin tak dak jual dah.
Yang jadikan novel ini indah untuk dibaca adalah senarionya berlaku di Malaysia. Tumpang bangga dengan penulis. Bukan senang penulis tempatan untuk sampai ke peringkat international. Novel ini dibaca oleh Lisa See ( penulis yang menulis buku-buku historical). .
Jalan ceritanya menarik. Kisah berlaku di zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu. Saya pernah dengar mak cerita....mak ayah yang ada anak dara memang ketakutan dan menyembunyikan anak-anak dara mereka sebab takut diambil oleh tentera Jepun. Dua beradik perempuan berbangsa China telah dirampas dari mak ayah mereka lalu di bawa ke kem Jepun. Salah seorang dari dua beradik itu meninggal ketika dalam tahanan. Seorang lagi hidup dan terlepas apabila Jepun kalah. Sedikit sebanyak mesti ada resentment terhadap Jepun tapi yang peliknya gadis ini belajar buat Japanese garden dari seorang tukang kebun Maharaja Jepun yang tidak pulang ke Jepun selepas mereka kalah. Dia tinggal di Tanah Tinggi Cameron. Tukang kebun ini pun ada cerita tersendiri kenapa dia tidak mahu pulang ke Jepun. Dan gadis ini pun ada sebab tersendiri kenapa dia beria-ia sangat nak buat garden tu. Nak tahu kisah selanjutnya, cari buku ni dan baca sendiri. Kalau boleh sabar, pada 20 Jan 2020, akan ditayangkan movienya. Di Hong Kong, movie telah ditayang pada November 2019.
0 Comments