93 Days
Movie tahun 2016 tentang Ebola outbreak di Nigeria pada tahun 2014. Virus Ebola dibawa masuk ke Lagos oleh seorang Liberian American diplomat. Liberia pada ketika itu memang ada wabak Ebola. Diplomat itu datang ke Nigeria untuk menghadiri mesyuarat tapi dibawa terus ke hospital di Lagos kerana tidak sihat ketika dalam penerbangan. Diplomat tersebut berkeras untuk keluar dari hospital tapi Dr Ameyo Adadevoh tidak benarkan beliau berbuat demikian sehingga ujian dibuat. Beliau diasingkan dari pesakit lain.
Tindakan Dr Adadevoh mengasingkan pesakit itu tepat kerana ujian darah menunjukkan ada virus Ebola dan tidak lama kemudian diplomat tersebut meninggal dunia. Beberapa orang doktor dan jururawat yang merawat diplomat tersebut telah dikuarantin di satu tempat yang khas termasuklah Dr Ameyo Adadevoh. Walaubagaimana pun Dr Adadevoh meninggal dunia di pusat kuarantin tersebut.
Selepas 93 hari dari tarikh diplomat itu tiba dengan membawa virus Ebola, Nigeria akhirnya diisytiharkan bebas dari virus tersebut. Mereka berjaya mengawal penyakit tersebut disebabkan tindakan pantas Dr Adadevoh mengasingkan diplomat tersebut dari awal. Movie ini didedikasikan kepada Dr Adadevoh. Selain dari beliau, ada seorang lagi doktor yang meninggal dunia.
0 Comments