Cruel to be Kind
Max 6 tahun, datang tinggal bersama Cathy (foster parent) sementara ibu Max, Caz dirawat di hospital disebabkan penyakit kencing manis. Max budak baik, tak banyak ragam cuma terlebih berat. Walaupun umurnya baru 6 tahun, tapi pakai pakaian sais untuk budak 12 tahun. Waktu di bawah jagaan ibunya, satu keluarga tak ada disiplin tentang makan. Ibu, 3 orang kakak Max pun memang overweight.
Cathy cuba membantu Max untuk kuruskan badan. Mereka meminta khidmat nasihat daripada pakar permakanan. Max tidak membantah. Dia mematuhi arahan dan berat badannya semakin hari semakin turun.
Apabila ibu Max pulih dan keluar dari hospital, Max pulang dan tinggal bersama ibunya. Tidak lama selepas itu, Cathy mendapat berita bahawa Caz meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Selepas ibunya meninggal, Max telah diambil sebagai anak angkat oleh jiran mereka.
10 tahun kemudian, Cathy mendapat sekeping kad Christmas dan sekeping gambar. Pada mulanya Cathy tidak kenal pemuda dalam gambar itu tapi selepas membaca nama yang tertulis, barulah Cathy teringat semula. Max datang menziarahi Cathy di rumahnya. Max sudah tidak obese macam dulu. Dia sekarang menjadi pelajar di kolej yang terkemuka. Memang dari dulu Max seorang yang bijak.
Cathy Glass adalah seorang foster carer yang banyak pengalaman. Buku-buku yang ditulis berdasarkan pengalaman beliau menjadi foster carer. Anak-anak yang datang tinggal bersama beliau adalah dari pelbagai latar belakang. Ada yang mudah dijaga dan ada pula sebaliknya. Beliau sendiri mempunyai dua orang anak, Adrian dan Paula.
0 Comments