Finding Stevie
Stevie, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun. Stevie mempunyai dua orang adik, Liam dan Kiri. Mereka bertiga dijaga oleh datuk dan nenek kerana ibu mereka, seorang kaki minum, penagih dadah dan berada di penjara.
Stevie mengalami kecelaruan identiti (gender fluid). Dia dilahirkan sebagai lelaki tetapi jiwanya lebih kepada perempuan. Apabila dia mula berkelakuan seperti perempuan (pakai pakaian yang lebih mirip kepada perempuan dan bersolek), datuknya naik angin dan marah-marah. Stevie sering lari dari rumah dan ponteng sekolah.
Datuk dan neneknya give up. Sebab itulah Stevie diletakkan di bawah care system. Cathy Glass volunteer untuk jadi foster carer. Di bawah jagaan Cathy, Stevie masih lagi buat perangai lari dari rumah dan ponteng sekolah. Apabila ada masalah, Stevie akan lari dari rumah. Cathy pula cuba sedaya upaya korek masalah yang terpendam dan cuba selesaikan.
Punca Stevie selalu ponteng sekolah adalah dia selalu dibuli. Cathy mengambil inisiatif berjumpa dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Cathy rasa lega kerana masalah buli telah dapat diatasi tapi masih ada masalah lain.
Stevie telah diperdaya oleh seorang pedofil yang mengaku sebagai kawan. Pedofil tersebut meminta gambar Stevie tanpa pakaian. Oleh kerana percaya kepada Joey (pedofil) yang dikenali secara online, Stevie tanpa ragu-ragu menyerahkan gambarnya. Kemudian Joey minta gambar Liam dan Kiri pula. Semuanya berlaku melalui handphone dan ketika Stevie tinggal bersama datuk dan neneknya.
Ketika tinggal bersama Cathy, Stevie berhenti menghantar gambar yang diminta oleh Joey. Ketika inilah terjadinya ugutan. Joey mengugut sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi, gambar Stevie dan adik-adiknya yang seksi itu akan disiarkan kepada umum. Stevie ketakutan dan lari dari rumah sehingga Cathy terpaksa melapurkan kepada polis.
Stevie ditemui dan dihantar semula ke rumah Cathy. Cathy berusaha memujuk Stevie supaya menceritakan semua masalahnya. Akhirnya terbongkarlah semua rahsia. Dengan nasihat social worker, Cathy membuat laporan polis. Waktu inilah baru diketahui bahawa Joey itu bukan nama sebenar dan merupakan seorang pedofil.
Stevie pula berada di bawah siasatan polis. Dia tidak dibenarkan berjumpa dengan adik-adiknya. Handphone dan laptopnya diambil untuk membantu siasatan. Apabila siasatan selesai, Stevie didapati tidak bersalah. Cathy berasa lega. Kejadian itu menimbulkan rasa kesal di hati Stevie. Mulai saat itu, Stevie telah mengubah sikapnya dengan bantuan Cathy. Dengan bantuan Cathy juga, Stevie menghadiri sessi kaunseling untuk kecelaruan identitinya.
Akhirnya, Stevie mohon untuk pulang dan tinggal bersama datuk, nenek dan adik-adiknya. Sessi kaunseling masih diteruskan.
Saya suka baca buku-buku Cathy Glass. Saya suka cara beliau menangani masalah anak-anak yang di bawah jagaannya. Kadang-kadang anak-anak yang datang tinggal bersamanya mengalami masalah yang serius tapi beliau dengan sabar cuba membantu. Kesabaran beliau itulah yang saya kagumi.
0 Comments