Buku ni cerita tentang Tani dan keluarganya. Diterbitkan dalam bulan April 2020. Kalau Google "Tani Adewumi", akan keluar cerita tentang budak berusia 10 tahun yang jadi champion dalam pertandingan chess tahun lepas. Waktu dia jadi champion, usia dia baru 8 or 9 tahun. Tani lahir tahun 2010.


Saya suggest mak ayah baca buku ni dengan anak-anak. Banyak pengajaran yang boleh dikutip dari kisah keluarga Tani. Mereka berasal dari Nigeria. Waktu di Nigeria, ayah Tani ada kedai printing dan mak dia pula kerja dengan bank kalau tak silap saya. Tani ada seorang abang.


Satu hari Boko Haram datang berjumpa dengan ayah Tani. Boko Haram meminta ayah Tani berkerja sama dengan mereka. Oh ya..Boko Haram ni lebih kurang macam pertubuhan ISIS tapi di Nigeria dipanggil Boko Haram. Saya pernah baca satu buku pasal Boko Haram yang menculik beberapa orang pelajar perempuan di sebuah asrama. Tajuk buku tu ialah "Beneath the Tamarind Tree".


Berbalik kepada kisah ayah Tani. Beliau enggan berkerja sama dengan Boko Haram. Tapi Boko Haram tetap memaksa sampai ke tahap mengugut. Mulanya ayah Tani membawa keluarganya berpindah ke daerah lain di Nigeria tapi Boko Haram dapat menjejaki mereka. Jadi ayah Tani mengambil keputusan untuk migrate ke US.


Satu keluarga berpindah ke US. Mulanya mereka tinggal di rumah bapa saudara sebelah ibu Tani. Tak lama lepas itu, dengan bantuan seorang rakan dan paderi, mereka dapat shelter untuk pelarian. Keluarga Tani bernasib baik sebab shelter mereka adalah bilik hotel. Mereka dapat dua bilik..satu bilik untuk ayah dan ibu dan satu lagi untuk Tani dan abangnya. Mereka diberi makan 3 kali sehari. Mereka terima saja keadaan tersebut cuma dua kali dalam seminggu, mak Tani akan ke tempat paderi untuk memasak Nigerian Food untuk keluarga mereka sebab di bilik hotel itu, mereka tidak dibenarkan memasak.


Setelah dapat dokumen sebagai refugee, ayah Tani mula bekerja. Mula-mula jadi cleaner di sebuah restoren, lepas tu jadi cleaner rumah orang dan akhir sekali jadi pemandu Uber.


Sementara Tani dan abangnya masuk sekolah yang berhampiran dengan shelter tersebut. Sejak dari Nigeria lagi, Tani menunjukkan minat dalam permainan catur. Bila masuk sekolah, Tani join kelab catur sekolah tersebut. Dua orang coach nampak potensi yang dimiliki oleh Tani. Mereka memberi galakan, sokongan dan bantuan. Setahun lepas itu, Tani jadi champion.


Selepas jadi champion, coach yang membimbing Tani bermain catur buat tabung "Go Fund" untuk keluarga Tani. Ramai yang menderma bila mereka dapat tahu Tani dan keluarganya tinggal dalam shelter. Duit yang terkumpul itu digunakan untuk beli apartment. Yang bagusnya, keluarga Tani tidak tamak. Duit lebih beli apartment, mereka serahkan semula untuk tolong orang-orang susah yang lain. "Tani Foundation" ditubuhkan.


Saya tertarik dengan cara ayah dan ibu Tani mendidik Tani dan abangnya. Mereka sentiasa percaya kepada Tuhan. Setiap kali lepas mendapat sesuatu yang baik, Tani diajar supaya bersyukur kepada Tuhan. Walaupun kehidupan mereka di US (waktu mula-mula sampai) susah dan menumpang di shelter, kasih sayang sesama keluarga mereka tidak berkurang. Ikatan kasih sayang yang kuat serta dorongan/sokongan dari ayah dan ibu itu sebenarnya yang menjadi asas kepada kejayaan Tani.